Penyanyi dangdut, Baby Shima sebelum ini memberikan amaran terhadap beberapa portal hiburan atas perkongsian artikel yang menggambarkan dirinya melakukan pekerjaan tidak 'elok' apabila menghiburkan tetamu di sebuah hiburan.
Shima yang mencipta nama di Indonesia itu menjelaskan, dia dijemput untuk mengadakan persembahan di pusat hiburan di sebuah hotel di Johor Bahru. Katanya, dia ditawarkan untuk menyanyikan empat lagu dan selepas selesai bekerja, Shima kembali ke penginapannya. "Tapi cara portal itu memuat naik tajuk amat mengejutkan seolah-olah saya buat kerja tak elok. Nampak sangat niat mereka untuk memburukkan nama saya." Demikian kata penyanyi Baby Shima mengulas penyebaran video tularnya yang dikatakan asyik bergelek di sebuah kelab hiburan menerusi beberapa portal hiburan. Shima atau Nor Ashima Ramli, 28, berkata, dia bukan artis pertama beraksi di situ kerana sebelum ini pengurusannya mengundang MK K-Clique, Ben Ladin, Zynakal, Kidd Santhe dan ramai lagi beraksi di situ.
"Saya kan penyanyi dangdut memanglah kena bergelek. Sebelum ini pun sama masa beraksi dalam persembahan lain. "Saya sebenarnya malas nak panjangkan isu ini tapi kena juga bercakap kerana keterangan gambar mereka amat mengaibkan. Sangat tak seronok dengan apa yang berlaku. "Saya bukanlah sengkek atau sangat terdesak cari duit sampai sanggup untuk buat 'show' seperti yang mereka maksudkan," katanya. Menurutnya, dia kecewa secara tidak langsung netizen akan percaya dan menyangka yang bukan-bukan terhadapnya. Sumber: Harian Metro |
LemakPetai replied at 18-6-2023 08:53 PM
Jgn la kecam teruk sgt. Pengakhiran hidup kita xtau lagi mcm mana. Tgk je la zizi...sape sangka dari ...
ADVERTISEMENT