Kemaman: Mayat seorang bekas guru, Mustaffa Abdul Ghani, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam bilik tidurnya selepas pintu kediamannya terpaksa dipecah anggota polis kira-kira jam 12 tengah malam.
Pesara berusia 67 tahun yang tinggal bersendirian itu dipercayai meninggal dunia sejak lima hari lalu di rumahnya Taman Chukai, dekat sini, tengah malam tadi. Kata rakan arwah, Mohammad Sabrin Hassan, 51, berkata kali terakhir dia menghubungi mangsa adalah pada minggu lalu. "Arwah memberitahu dia demam, batuk dan mahu berehat di rumah. "Selepas itu, saya menghubunginya beberapa kali lagi namun gagal dan pelik dengan keadaan itu, saya mengajak rakan pergi ke kediamannya malam tadi untuk menyiasat," katanya.
Katanya, sebaik sampai ke rumah rakannya itu, dia mendapati pintu berkunci dan beberapa kali memanggil nama arwah namun tiada sahutan. "Bimbang akan keselamatan itu, saya kemudiannya segera menghubungi pihak polis memaklumkan perkara itu. "Selepas berjaya masuk ke kediamannya, saya sangat sedih apabila polis memaklumkan dia sudah meninggal," katanya. Mohammad Sabrin berkata, arwah tinggal bersendirian di rumah itu manakala isterinya ketika itu berada di Kuala Terengganu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, pihak polis terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk memecah pintu kediaman mangsa yang berkunci itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan berselimut. "Berdasarkan keadaan mayat mangsa, pihak polis percaya mangsa telah meninggal dunia sekitar empat hingga lima hari lalu. "Siasatan lanjut juga mendapati tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes itu diklasifikan sebagai mati mengejut," katanya. Hanyan berkata, mayat berkenaan dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut. Sumber: Harian Metro
|
fefeeling replied at 17-6-2023 08:04 PM
Takde group wasap family ke? Cam aku yg duduk 15min away from umah parents pun hari2 berdering bapak ...
fefeeling replied at 17-6-2023 08:04 PM
Takde group wasap family ke? Cam aku yg duduk 15min away from umah parents pun hari2 berdering bapak ...
tikusmontok replied at 17-6-2023 08:30 PM
Bapak uols ke yg tpon uols?
fefeeling replied at 17-6-2023 08:04 PM
Takde group wasap family ke? Cam aku yg duduk 15min away from umah parents pun hari2 berdering bapak ...
noell replied at 17-6-2023 08:39 PM
cherish it sis while they are still around bkn mcm kami yg yatimpiatu neh ternanti2 call depa tau ...
syamzana replied at 17-6-2023 09:02 PM
ingat mak iols je camni, rupanya mmg peel mak2 ayah2 camni la kot.
mak iols sejak dok ngan i bila ...
ADVERTISEMENT