CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akauntan Labur RM133,432, Dapat Komisen RM43

17-6-2023 02:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 484| Komen: 3

Kuching: Seorang pesara pembantu akauntan berputih mata apabila pelaburannya sebanyak RM133,432 bukan sahaja hangus malah cuma mendapat RM43 sahaja komisen yang dijanjikan oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan yang tidak wujud.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, segalanya berlaku semasa wanita berusia 60 tahun itu berada di rumah dan melihat iklan kerja sambilan di laman Facebook pada 26 Mac lalu.


Katanya mangsa kemudian meninggalkan nombor telefonnya, sebelum menerima WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali yang memperkenalkan diri dari khidmat pelanggan.

Beliau berkata suspek seterusnya memberikan ‘website cloud’ dan mangsa dikehendaki menempah barang serta dibayar oleh mangsa sendiri.

“Mangsa tertarik dengan tawaran berkenaan kerana akan diberi komisen sebanyak 35 peratus.

“Mangsa yang terpedaya seterusnya membuat bayaran secara dalam talian daripada tiga akaun miliknya, dengan 24 transaksi pembayaran berjumlah RM133,432 kepada tujuh akaun bank yang berbeza antara 12 April hingga 11 Mei lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Azman berkata mangsa menyedari ditipu apabila hanya menerima komisen RM43 sahaja dan selepas itu suspek tidak dapat dihubungi lagi.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shafik72 17-6-2023 03:02 PM
Biasenya masuk 10 cuci 30????
Quote cmf_kunyit 17-6-2023 03:07 PM
Edited by cmf_kunyit at 17-6-2023 01:32 AM

Yang berlegar kat telegram aku plak, invest pakej silver crypto rm1k, dapat profit 15k dlm masa 3-5 jam..baru la lumayan.
Quote sambaldurian 17-6-2023 11:50 PM
Yg selalu whatsapp aku ada gmbar pmpuan pki blazer rmbut paras bahu , Hi I'm nurul, are you looking for part time job. ( mentang2 aku tgh job hunting kt jobstreet time tu).

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.285541 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top