Pelakon Che Puan Juliana Evans berkongsi berita gembira dia selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu. Pemilik nama sebenar, Juliana Sophie Johari Evans, 32, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Dia turut menyatakan rasa syukur dan teruja atas kelahiran cahaya mata keduanya. "Kelahiran adalah permulaan paling mendalam dalam jiwa rohani dimiliki oleh seorang wanita. "Alhamdulillah, saya kini seorang ibu kepada dua orang anak," katanya. Menerusi hantaran sama, Juliana turut berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat tatapan pengikutnya di laman sosial. Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017. Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.
Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun. Sumber: mStar, IG Juliana Evans
|
primarikey replied at 17-6-2023 04:49 PM
Panjang betul nama ank sulung dia
Nama klasik yg cantik
Burong_Hantuk replied at 18-6-2023 08:32 AM
husband dia kerja apa???
ADVERTISEMENT