Kalau dulu, nama usahawan Iqbal Zulkefli sering menjadi perbualan kerana beberapa isu yang menimbulkan kontroversi sekali gus menyebabkan dia menerima kritikan dan kecaman daripada umum. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, Iqbal menuai pujian ramai selepas mempamerkan lakonan bersahaja menerusi drama Perempuan Itu yang sedang mencipta fenomena tersendiri sejak mula ditayangkan.
Katanya, dia bersyukur apabila orang ramai mula melihat bakat sebenarnya memandangkan selama ini dirinya lebih dikenali dengan pelbagai isu panas. Iqbal, 29, turut mengakui dia terkejut apabila ada netizen yang dahulu membencinya kini mula memberi sokongan selain turut ingin melihat dia terus beraksi dalam drama televisyen. "Memang ramai puji, sekarang pun kalau pergi mana-mana orang kenal saya sebagai pelakon sekarang ini. Saya kalau menyanyi dapat empat markah tapi belakon bolehlah dapat 20 markah.
"Saya pula lahir dari kontroversi, dengan drama ini akhirnya sisi saya yang sebenarnya orang mula nampak yang saya ini pandai berlakon. Saya rasa ia sesuatu yang baharu, tapi sebenarnya saya boleh beri lebih lagi dalam lakonan saya," katanya kepada mStar.
|
anilanil replied at 17-6-2023 09:52 PM
Aiols nengok part amir ahnaf je jadi pelakon extra. OMG very the kayu kayan...hahaha
ADVERTISEMENT