CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jarang Ungkap Sayang Tapi Punya Cinta Mendalam, Ayah Hero Sejati Anak-anak!

17-6-2023 11:10 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 40323| Komen: 0|Original author: Kandungan Tajaan

Video: Kandungan Tajaan

Ayah adalah figura yang mungkin digambarkan sebagai seorang insan yang tegas dan sesetengahnya mungkin garang namun di sebalik sifat itu terselit rasa kasih dan pengorbanan besar buat anak mereka.

Mereka mungkin jarang mengungkapkan perasaan sayang terhadap cahaya mata penyeri hidupnya tetapi percayalah, ayah pulang ke rumah selepas seharian bekerja mencari rezeki buat keluarga adalah bukti tanda cinta mereka.

Adakalanya anak-anak berkecil hati kerana ayah seolah-olah tidak peduli namun walaupun tidak bertanya, ayah tahu segala sesuatu mengenai anak mereka.

Sama ada si anak punya masalah atau tengah bersedih mahupun sedang angau bercinta, maklumat kecil seperti itu pastinya akan ditanya kepada sang ibu yang lebih rapat dengan anak-anak.

Ayah, mereka wujud dengan personaliti berbeza namun mereka adalah hero sejati buat setiap anak-anak. 

Selamat Hari Bapa! Semoga sambutan pada tahun ini terus mengeratkan silaturrahim buat seisi keluarga. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.026398 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top