CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beg Mini Lebih Kecil Daripada Sebutir Garam

17-6-2023 10:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 864| Komen: 10

Washington: Sebuah studio reka bentuk produk berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), MSCHF menghasilkan sebuah beg tangan mini yang hanya boleh dilihat secara jelas menggunakan kanta pembesar, lapor akhbar New York Post kelmarin.


MSCHF mengecilkan beg tote menyerupai beg keluaran jenama mewah, Louis Vuitton, OnTheGo yang bersaiz 35 x 27 x 14 sentimeter menjadi 657 x 222 x 700 mikrometer.

Saiz beg ini lebih kecil berbanding sebutir garam. - MSCHF

“Kami bekerjasama dengan beberapa syarikat bioteknologi untuk mencipta beg itu menggunakan proses stereolitografi yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal yang kecil,” kata MSCHF dalam satu kenyataan.

Beg berwarna hijau berbentuk segi empat tepat itu mempunyai rupa lut sinar yang boleh dilihat di bawah lampu latar mikroskop kerana saiznya lebih kecil berbanding sebutir garam. 


Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner membangunkan beg kecil itu untuk menyindir trend pembikinan beg tangan yang kian mengecil.

Beg tangan itu akan dipamerkan di dalam sebuah bekas gel tertutup di bawah mikroskop secara eksklusif dalam satu acara lelongan, Just Phriends yang akan diadakan pada 19 Jun ini. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 17-6-2023 10:42 AM
Boleh la  untuk Qarin kau guna time shopping lepas kau mati.
Quote Samerosie 17-6-2023 11:47 AM
Beli bagi pet semut pakai.  
Quote imransulaiman 17-6-2023 02:42 PM
Samerosie: Beli bagi pet semut pakai.&nbs ...


Semut pun tak muat. Kuman boleh kot? Hahaha
Quote ninja boy 17-6-2023 03:03 PM
Beg x bernyawa, mau robot berupa anai2 suruh pergi masuk rumah bini no 2 masuk hidung korek otak buat terowong byk2, kemudian keluar
Quote antikorok 17-6-2023 03:08 PM
Ooo. Tujuan huntok sindir pembuat beg rhopernyer. Haku suka. Bagos, sindir jahhh pembuat2 beg yg saiz kecil tapi jual jenama harga Jahudey
Quote bunnyj3lly 17-6-2023 03:37 PM
Gigihhhhh... Orang banyak duit tak kisah berbelanja "art berat"
Quote putericahaya999 17-6-2023 09:11 PM
Motifnya apaaa x fhm fettish manusia bagai2 ni
Quote mojarean_X 17-6-2023 09:18 PM
B40tastePosh replied at 17-6-2023 10:42 AM
Boleh la  untuk Qarin kau guna time shopping lepas kau mati.

Qarin x ikut sekali mati ke?
Quote B40tastePosh 18-6-2023 03:18 AM
mojarean_X replied at 17-6-2023 09:18 PM
Qarin x ikut sekali mati ke?

Tak ikut sekali...
Quote cikatilia 19-6-2023 10:08 AM
kalau ada 10 jatuh celah katil pon xtahu

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.167862 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top