Alor Setar: Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan untuk turut mewajibkan pendidikan prasekolah sebagai usaha menangani isu keciciran dalam kalangan murid dan pelajar. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyasarkan kadar enrolmen yang tinggi bagi peringkat prasekolah iaitu mencapai sehingga 90 peratus, berbanding 80 peratus ketika ini.
“Enrolmen prasekolah sekitar 80 peratus manakala sekolah menengah 78 peratus, jadi ia agak rendah jika dibandingkan dengan sekolah rendah yang kita telah wajibkan iaitu 98 peratus. “Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu diberi tumpuan iaitu prasekolah dan sekolah menengah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di sini semalam. Walau bagaimanapun, kata beliau, cadangan mewajibkan pendidikan prasekolah memerlukan sedikit masa berikutan kekurangan infrastruktur.
“Sekarang ini pun kita sudah tambah 118 (kelas prasekolah) dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa,” ujarnya. Kata beliau, bagi tujuan itu, pihaknya akan memulakannya dengan melakukan advokasi bersama golongan ibu bapa. Sumber: Kosmo! Online
|
Decaffeinated replied at 17-6-2023 02:03 PM
Ramai lagi eh budak2 yang tak pergi tadika. Why?
orkid_amani replied at 17-6-2023 02:19 PM
Kat kawasan rumah aii ni tadika utk budak 4&5y..6y mmg ke prasekolah dah..jarang dah jumpak budak 6y ...
kakikuDibibirmu replied at 17-6-2023 02:27 PM
Ramai lagi eh budak2 yang tak pergi tabika. Why?
Decaffeinated replied at 17-6-2023 04:27 PM
Sebab mereka tidak memerlukan 'bimbingan' kot
Decaffeinated replied at 17-6-2023 04:26 PM
Tadika bukan pra-sekolah ka?
harisbee replied at 17-6-2023 03:16 PM
Tadika mahal la..pra sekolah semua sekolah ada ke?
orkid_amani replied at 17-6-2023 08:07 PM
Lain yuu..tadika under kemas..prasekolah dalam 1bangunan dgn sekolah kebangsaan..so budak2 praseko ...
harisbee replied at 17-6-2023 03:16 PM
Tadika mahal la..pra sekolah semua sekolah ada ke?
Decaffeinated replied at 17-6-2023 04:26 PM
Tadika bukan pra-sekolah ka?
Decaffeinated replied at 17-6-2023 08:21 PM
OK noted.
Tapi dia sama level kan? choose one.
Suchi replied at 17-6-2023 08:41 PM
Kat tadika swasta utk budak 6y silibus dorang mcm budak yg belajar kat prasekolah gak tp taklah sa ...
ADVERTISEMENT