CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Premis Urut Ingkar Kena Sita

17-6-2023 10:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 194| Komen: 1

Hulu Selangor: Gara-gara ingkar notis henti operasi, sebuah premis yang menjalankan khidmat urutan dan refleksologi di Bukit Sentosa, di sini disita Majlis Perbandaran Hulu Selangor, semalam.

Muhammad Azrul berkata, operasi membabitkan 21 anggota itu digerakkan selepas premis itu ingkar notis menghentikan segala aktiviti perniagaan yang dikeluarkan 6 Jun lalu.

Anggota penguat kuasa MPHS menyerbu premis urut di Bukit Sentosa serta menyita kerusi dan peralatan urut lain di dalamnya kerana melanggar peraturan. FOTO Ihsan MPHS.

Ketika serbuan pada 10 malam yang diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPHS, Muhammad Azrul Nizam Mohd Azizi, terdapat dua tukang urut, penjaga wanita dan dua pelanggan lelaki warga Bangladesh di dalam premis.

"Ketika anggota tiba di lokasi, pintu premis tidak berkunci dan premis beroperasi seperti biasa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tukang urut, seorang penjaga premis wanita dan dua pelanggan lelaki warga Bangladesh.


"Ketika serbuan seorang daripada warga Bangladesh sedang diurut oleh tukang urut wanita.

"Terdapat juga peralatan mengurut dan beberapa unit katil, kerusi urut di dalam premis," katanya dalam kenyataan,

Menurutnya, ketika ditanya mengenai lesen, penjaga premis menunjukkan resit bayaran bagi permohonan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pelesenan MPHS.

"Bagaimanapun resit berkenaan bukan lesen perniagaan dan pemilik premis sepatutnya menghentikan operasi sebaik menerima notis pada 6 Jun lalu," katanya.

MPHS kemudiannya menyita empat set kerusi urut refleksologi dan barangan lain dengan tindakan mengikut Undang-Undang Kecil 3 dan 36, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-6-2023 10:50 AM
Itu periuk nasi dorang memang tak semudah itu tiba2 suruh bungkus. Kes2 macam ni lah kalau dulu2 ada wang pelincir.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.225928 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top