Indonesia: Trauma selepas menjadi mangsa rogol, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meluahkan keinginannya untuk menukar alat sulit. Menerusi laporan Tribun News Bogor, kanak-kanak malang itu menyatakan hasrat tersebut susulan menjadi mangsa rogol warga emas sebanyak lima kali.
"Dia kata, 'Nak bedah, nak kemaluan lelaki, nak tukar nama'. Boleh kata ia menjejaskan psikologinya," kata ibu mangsa di Pinang Ranti, Makassar di Jakarta Timur, Indonesia, pada Rabu. Penampilan mangsa kini juga sudah berubah menyerupai lelaki, termasuk gaya potongan rambut. Walaupun trauma, kanak-kanak tersebut masih meneruskan persekolahannya seperti biasa dan pendidikannya tidak terganggu. Kisah mangsa dirogol hanya didedahkan pada 6 Mac lalu, selepas diceritakan kepada seorang rakannya berusia 12 tahun ketika sedang bermain.
Pendedahan itu kemudian disampaikan kepada keluarga rakannya itu sebelum dimaklumkan kepada ibu mangsa. Mangsa selama ini tidak tinggal bersama ibu di Pinang Ranti, sebaliknya menetap dengan neneknya kerana sekolah berdekatan. Dalam satu pertemuan, pelaku mengaku telah merogol anaknya sebanyak lima kali. Percubaan pelaku untuk memperkosa mangsa buat kali keenam gagal apabila kehadirannya bersama mangsa di sebuah gudang, disedari individu lain. Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis, mangsa dan pelaku termasuk beberapa saksi dipanggil untuk membantu siasatan. Sebagai peringatan, hukumnya haram bagi seseorang individu menukar jantina, termasuk dengan cara pembedahan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT