CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selepas 7 Tahun ‘Peram’ Akhirnya Kmy Kmo Tampil Lagu Solo, Luah Perasaan Dalam 21a

17-6-2023 09:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 224| Komen: 1

Selepas tujuh tahun, akhirnya penyanyi hip hop Kmy Kmo tampil merakamkan semula lagu berjudul 21A dengan susunan muzik terkini seiring peredaran zaman.

Kata Kmy atau Lukmanul Hakim, 34, selama tempoh tersebut dia juga menantikan respon peminat terhadap lagu-lagu solo nyanyiannya yang pernah dimuat naik di laman YouTube sebelum ini.



"Lagu ini pertama kali dirakamkan pada 2016 untuk album solo saya. Namun ia masih belum dilancarkan dan saya hanya muat naik di laman YouTube. Saya ingin melihat maklum balas peminat untuk mereka menilai sendiri lagu terbaik ciptaan saya.

"Tujuan saya merakamkan semula lagi ini kerana ada perancangan dan strategi berbeza. Melihat respon baik peminat terhadap lagu ini, saya nekad untuk melakukan rakaman semula dengan lebih tersusun," katanya.

Dalam pada itu, Kmy turut menjawab persoalan banyak pihak mengenai ketiadaan rakan baiknya iaitu Luca Sickta kerana mereka sebelum ini sering tampil bersama.


Kata Kmy, dia bergerak solo dalam lagu ini kerana membawa kisah peribadi sendiri tentang perjalanan daripada awal pembabitannya dalam dunia muzik sehingga namanya mula dikenali di arus perdana.


"Perjalanan saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang dan tidak mudah untuk dilalui. Saya perlu yakinkan diri sendiri untuk memikat hati pendengar selain berdepan cabaran menembusi arus perdana.

"Segala perjalanan yang saya lalui sebelum ini menjadi satu cerita indah yang tidak mungkin dilupakan. Ia juga menjadi pengajaran terbaik untuk saya terus bersyukur dengan apa yang dimiliki kini," ujarnya.

Dalam masa sama, dia berharap luahan diharapkan dapat menyuntik semangat buat penyanyi baharu yang mahu berkongsi karya mereka kepada pendengar.


Bagi Kmy, sepanjang proses penghasilan 21A, dia tidak berdepan dengan masalah besar kerana semuanya adalah perkongsian daripada hati.

"Lagu ini saya hasilkan secara santai. Tambahan pula ia menceritakan mengenai luahan hati serta semangat yang ingin saya kongsikan buat kawan-kawan atau kenalan," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 17-6-2023 09:31 AM
Who iz yuhhhh...

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.026833 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top