Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengadakan perbincangan berkait hala tuju ekonomi negara yang turut disertai Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bersama ahli-ahli ekonomi.
Beliau berkata, perbincangan itu diadakan bagi mendapatkan pandangan dan idea mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk membentuk Naratif Ekonomi Madani yang sedang dirangka bagi mencorak hala tuju ekonomi negara dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang. "Pakar ekonomi yang saya temui hari ini juga bersetuju bahawa kita punyai masa yang terhad untuk menyelesaikan masalah atau tantangan yang melanda ekonomi negara dan membawa Malaysia kembali ke landasan yang betul," katanya dalam perkongsian di Facebooknya pada Jumaat. Ahli Parlimen Tambun itu menegaskan sebarang reformasi atau pembaharuan memerlukan disiplin dan kesabaran.
"Ia juga memerlukan keyakinan serta keberanian untuk melakukan perkara yang baharu dan membuat keputusan yang berat untuk kepentingan rakyat dan negara," katanya dalam perkongsian sama. Dalam pada itu, kata Anwar, kerajaan bertekad dan akan bekerja keras bagi memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan. “Pertumbuhan ekonomi bukan tentang angka semata-mata tetapi mesti menggarap keperluan serta kehendak rakyat,” jelasnya. Turut hadir dalam perbincangan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali serta Pengerusi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Nungsari Ahmad Radhi. Bagaimanapun, kehadiran Khairy dalam perbincangan itu mencetus tanda tanya ramai. Sumber: Sinar Harian
|
ina_na replied at 17-6-2023 09:36 AM
Adekah kej jay akan dilantik jd senator lps ni atau tuk PRN nanti key jay akan bertanding ticket PKR ...
batmana replied at 17-6-2023 09:48 AM
Bagi org kampung....org politik ni. Beza parti.. xleh jupe..nnti bergaduh .padahal kt kafe parlimen ...
sharlenetexas replied at 16-6-2023 11:46 PM
Bekas bapak mertua tak jadi.
kelapaparut replied at 17-6-2023 03:02 PM
pmx nak tarik kj dr jatuh ke pn ni, modus operandi sgt. br ni pmx pi naikkan bajet utk jakim org kat ...
ADVERTISEMENT