Sebuah restoran sushi di London melarang pelanggan memakai minyak wangi ketika memasuki premisnya. Kod pakaian aneh itu ditetapkan restoran mewah, Sushi Kanesaka di Hotel Dorchester Collection di 45 Park Lane kerana tidak mahu sebarang wangian mengatasi bau cuka dalam set menu istimewa 18 hidangan yang ditawarkannya.
Lapor The Telegraph, dalam langkah yang lebih luar biasa, kod itu juga menyatakan bahawa bau cuka dan ikan yang ‘menyegarkan’ adalah penting untuk memberi pelanggan pengalaman berbeza di restoran berkenaan. Selain itu, tetamu turut dilarang memakai topi dan pakaian serta kasut sukan, sama seperti kod pakaian yang dikenakan restoran mewah lain. Sushi Kanesaka menawarkan set menu yang dipercayai paling mahal di London pada harga 420 pound (RM2,480) seorang. Para pelanggan yang berada di kaunter meja 13 tempat duduk pula akan menikmati pengalaman gaya ‘omasake’ dimana chef restoran itu sendiri memutuskan makanan apa untuk dihidangkan kepada mereka.
Cef Shinji Kanesake yang menyediakan semua hidangan di restoran itu berkata, beliau menawarkan sushi Edomae menggunakan bahan terbaik dan ikan-ikan segar bersama gabungan teknik memasak tradisional. “Pengalaman di sini seumpama membawa tetamu ke jalan-jalan yang meriah di Ginza dan menawarkan ketenangan perkhidmatan omakase tradisional,” katanya. Sumber: Utusan
|
sharlenetexas replied at 16-6-2023 11:34 PM
Ada forumer yg pernah pergi?
ADVERTISEMENT