CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Netizen Cuba Rungkai Misteri Penemuan Botol Celah Batu Pantai, Ada Beras Dan Foto Lelaki

16-6-2023 11:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2019| Komen: 20

Tidak dinafikan masih ada yang bergantung pada perkara tahyul dan khurafat untuk kepentingan diri dan memudaratkan orang lain.

Terbaharu, tular perkongsian individu yang memaparkan sebiji botol kaca misteri ditemuinya di Pantai Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.


Botol terselit di celah bongkah batu itu turut mengandungi sekeping foto lelaki, dipercayai mangsa perbuatan khurafat.



"Sumpahan apa ni guys? Ada gambar orang dengan beras dalam botol tu," tulis Ayupy12 menerusi TikTok.

Video yang dikongsi pemuda berkenaan meraih 1.6 juta tontonan dalam tempoh sehari.



Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut membuat pelbagai spekulasi mengenai penemuan misteri berkenaan.

"Ada dua kemungkinan je. Pecah botol tu dia bebas. Atau pecah botol tu, dia habis (mati).

"Keluarkan gambar daripada botol tu. Kesian dia.

"Ramai suruh buka. Hanya orang tertentu saja boleh buka. Kalau kita buka pun tiada fungsi sebab gambar tu telah dijampi.

"Dia tutup rezeki orang dalam gambar tu. Beras kan makanan, ibarat rezeki," tulis beberapa netizen membuat andaian.

Dalam pada itu, beberapa pelayar TikTok mendakwa lelaki dalam gambar berkenaan merupakan mangsa kepada isterinya sendiri dan telah meninggal beberapa tahun lalu.

"Ada yang komen, kata dia disihir isteri agar mendengar cakap tapi lelaki itu dah meninggal 2013," tulis seorang individu.

Perkongsian berkenaan turut membuka topik tentang trend individu masa kini yang terlalu gemar berkongsi foto peribadi di media sosial.

"Itulah bahaya kongsi gambar di media sosial. Kita tak tahu ada orang dengki, lepas tu ambil gambar kita.

"Ada lagi mansia zaman sekarang buat perkara macam tu," tulis netizen lagi.







Sebagai peringatan, perbuatan khurafat seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-6-2023 11:23 PM
Message In A Bottle

MV5BNzk4YmJmZjAtMjc5Yy00ZWNmLTkzYTgtM2ZhM2Y1ZWE3MGM0L2ltYWdlL2ltYWdlXkEyXkFqcGde.jpg

Quote mojarean_X 17-6-2023 01:06 AM
Neraka jahanam lah tempat bini2 yg suka guna sihir tundukkan laki
Quote PULANGKAN 17-6-2023 01:52 AM
mojarean_X replied at 17-6-2023 01:06 AM
Neraka jahanam lah tempat bini2 yg suka guna sihir tundukkan laki

ada juga yang buat kat anak sendiri
Quote mojarean_X 17-6-2023 02:07 AM
PULANGKAN replied at 17-6-2023 01:52 AM
ada juga yang buat kat anak sendiri

Jijik mak mcm tu....especially wat pd anak lelaki dia sblm kahwin supaya anak dia sentiasa dgr ckp dia. Insecure betul
Quote doubleA 17-6-2023 02:31 AM
Kesiannya. Dari gambar dan keadaan botol tu pun nampak dah lama
Quote Tembikaigoreng 17-6-2023 07:23 AM
Tak takut dosa ke manusia manusia yg suka main bomoh² ni......Ya Allah
Quote Decaffeinated 17-6-2023 07:35 AM
Apsal la ada orang percaya benda2 gini.
Quote FOTHER-MUCKER 17-6-2023 08:44 AM
Tak ada apa apa pun, sahaja untuk suka suka berharap 500 tahun dari sekarang ada orang jumpa botol tu sebab itu dia letak beras bersama gambar. Tujuan beras tu untuk menjadikan gambar sentiasa kering tidak lembab.
Quote Kitty_catz 17-6-2023 11:18 AM
teringat dedolu ada citer anu dalam botoi ka apaaaa
Quote syamzana 17-6-2023 11:23 AM
Kitty_catz replied at 17-6-2023 11:18 AM
teringat dedolu ada citer anu dalam botoi ka apaaaa

anu dalam botol...arja lee blakon
kisah pondan kerat kote kan ke apa dah
Quote Buritan 17-6-2023 11:36 AM
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2023 08:44 AM
Tak ada apa apa pun, sahaja untuk suka suka berharap 500 tahun dari sekarang ada orang jumpa botol t ...

Yg ni lebih logik
Quote Kitty_catz 17-6-2023 12:15 PM
syamzana replied at 17-6-2023 11:23 AM
anu dalam botol...arja lee blakon
kisah pondan kerat kote kan ke apa dah

oooo hahahah kerat kote.. macam sajat
Quote Skuau 17-6-2023 12:18 PM
Kitty_catz replied at 17-6-2023 11:18 AM
teringat dedolu ada citer anu dalam botoi ka apaaaa

bayangkan yg depa jumpa tu 'ANU'........misti meriah perbincangan...berkisar mengenai saiznya...
Quote Kitty_catz 17-6-2023 12:26 PM
Skuau replied at 17-6-2023 12:18 PM
bayangkan yg depa jumpa tu 'ANU'........misti meriah perbincangan...berkisar mengenai saiznya...:l ...

kut 2B mmg takde apa la nak dibincangkan.. dibiar hanyut dibawa arussss
Quote pooh~key 17-6-2023 01:04 PM
Decaffeinated replied at 17-6-2023 07:35 AM
Apsal la ada orang percaya benda2 gini.

Jangan terkejut sis. Sedangkan acara baling batu sebagai simbol bencikan syaiton iblis sedangkan perangai sendiri macam syaiton iblis pun ada yang purcaya sissss…
Quote Tinot7 17-6-2023 01:56 PM
Kitty_catz replied at 17-6-2023 11:18 AM
teringat dedolu ada citer anu dalam botoi ka apaaaa

Citer ape la hang tgk ni..
Quote Kitty_catz 19-6-2023 08:31 AM
Tinot7 replied at 17-6-2023 01:56 PM
Citer ape la hang tgk ni..

tak nengok.. dengo soksek2 sbb tajuk and cerita tu viral... tu ada poremer dah temfek.. citer arja lee potong kote masuk botoi nak jadi cam sajat
Quote dua_chzy 19-6-2023 08:38 AM
Ek eleh iyo2 jek si Wnyz tu. Cam temberang jek gambo dah worn out gitu senang2 dia bleh kenal sedara.
Quote dua_chzy 19-6-2023 08:39 AM
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2023 12:44 AM
Tak ada apa apa pun, sahaja untuk suka suka berharap 500 tahun dari sekarang ada orang jumpa botol t ...

Yeszaaaaa ni paling logika.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.051557 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top