Petaling Jaya: Seorang ustaz dari Indonesia iaitu Ustaz Derry Sulaiman tampil menjelaskan kontroversi yang melanda penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dengan wanita gelandangan bertatu penuh di muka bernama Mondy Tatto.
Kata Derry, dia sangat mengenali Mondy dan mengetahui kehidupannya di negara asalnya itu. “Sememangnya di viral di Indonesia, mempunyai pengikut juta-juta, tetapi silapnya kami di sini (Indonesia) tak support (sokong) kehidupan dia. “Sehinggalah Allah hantar Ustaz Ebit Lew, jumpa Mondy tidur ditepi jalan, itu semua bukan rekaan atau lakonan. Jadi jangan sebar fitnah kepada Ustaz Ebit Lew. “Mondy ke Malaysia ada idea daripada Ustaz Ebit Lew, supaya dia (Mondy) terhindar daripada lingkungan (perkara) yang boleh merosakkan dirinya,” jelas Derry dalam satu klip video.
Derry menambah, kehidupan Mondy juga akan lebih terjaga di Malaysia dengan bimbingan Ebit dan rakan-rakan di negara ini. “Mondy bisa (boleh) belajar agama, baiki kehidupan dan masa sama memperbaiki ekonomi dirinya. Boleh juga Mondy mencari seorang suami yang soleh. “Mondy juga sedang mencari suami yang soleh, moga dipermudahkanlah,” jelas Derry. Terdahulu, nama Ebit kembali menjadi sebutan ramai apabila niat murninya membantu Mondy Tatto dipersoalkan khalayak. Ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila mengetahui wanita itu bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan seperti dipaparkan lelaki itu, sebaliknya seorang pempengaruh media sosial memiliki 1 juta pengikut dalam TikTok. Bantuan dihulurkan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew terus menjadi perdebatan ramai apabila wanita itu dilihat menjual produk difahamkan keluaran pendakwah terbabit menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok. Sumber: Kosmo! Online
|
pengecatbintang replied at 17-6-2023 08:29 AM
x kisah ler pasal content socmed pong..
yg penting kehidupan seorang manusia sedang berubah kepada ...
Perwira2022 replied at 17-6-2023 08:34 AM
Patut la sokong peliwat
Perwira2022 replied at 17-6-2023 08:34 AM
Patut la sokong peliwat
pengecatbintang replied at 17-6-2023 09:12 AM
ini lah dia contoh manusia yg hanya pandai mencerca kebaikan
tp x buat pun kebaikan yg dicerca tu ...
Perwira2022 replied at 17-6-2023 11:58 AM
Hahaha betul sangat cakap kau tu...
Aku cerca peliwat (meliwat adalah suatu kebaikan di sisi ...
pengecatbintang replied at 17-6-2023 01:02 PM
masih ulang2 kata2 liwat terhadap orang yg ternyata difitnah sbg peliwat adalah perbuatan yg terang ...
Perwira2022 replied at 17-6-2023 01:08 PM
Patut la jadi balaci tegar.... Video klip Tun menyindir sarcastic macam tu pun ko jadi pembaris wa ...
pengecatbintang replied at 17-6-2023 01:14 PM
video Tun M bual bicara dgn wartawan Indonesia..
x kan ler Tun nak membongak dgn ratusan juta reky ...
ADVERTISEMENT