CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizulhasni Kini Berstatus Legenda Asia

16-6-2023 10:55 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 715| Komen: 7

Nilai: Perjalanan berliku jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas kembali ke perlumbaan trek dianggap paling bermakna selepas pelumba berusia 35 tahun itu berjaya menoktahkan kemenangan dalam aksi pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional sebentar tadi.


Azizulhasni yang menjalani pembedahan jantung pada April tahun lalu membuktikan beliau sememangnya luar biasa selepas kini dianggap sebagai ‘Legenda Pecut Asia’ selepas melengkapkan emas ke-11 dalam penyertaan di ACC sejurus mengatasi pelumba Jepun, Kaiya Ota pada aksi final.

Datuk Azizulhasni Awang berjaya menoktahkan kemenangan dalam aksi pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional.

Pada saingan itu, Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu mempamerkan kayuhan bertenaga dengan strategi terbaik terutama mengikat Ota dengan kemenangan 2-0 selepas mengakhiri perlumbaan pertama dengan catatan 9.924 saat (s) dan 9.828s pada perlumbaan kedua.


“Perasaan saya bercampur-baur, dengan pelbagai perkara yang berlaku sebelum ini, ini pula adalah gelaran juara saya yang ke-11 di Asia, mencapai status legenda, saya rasa bagaikan tidak percaya, akhirnya saya berjaya melakukannya.

“Memang saya mengimpikan perkara ini sebelum saya sertai kejohanan di Hong Kong (Piala Trek Antarabangsa Hong Kong), saya mahu memenangi satu lagi pingat emas untuk memastikan status saya sebagai legenda dalam saingan ini, dan ia bukan mudah.

“Syukur Alhamdulillah, semua ini tidak datang daripada saya sahaja. Pertamanya daripada Allah SWT dan keduanya daripada penyokong serta ahli keluarga yang dapat memberikan sokongan.

Datuk Azizulhasni Awang meraikan kemenangan tersebut bersama keluarganya di Velodrom Nasional, Nilai. (Foto: AMIR KHALID)

“Sejak awal saya sudah jangka saingan hari ini agak mencabar. Bermula di peringkat separuh akhir sehingga final, perlumbaan hari ini memang mencabar. Peringkat kelayakan semalam juga cukup memenatkan. Kemudiannya pada pusingan pertama dan suku akhir, saya memberikan persembahan 80 peratus sahaja, ia lebih kepada taktikal,” kata Azizulhasni.

Dengan kejayaan dalam acara pecut individu sebentar tadi, Azizulhasni telah menandakan legasi yang cukup gemilang apabila merekodkan 11 pingat emas di pentas ACC setakat ini, sekali gus mencipta sejarah tersendiri pada kejohanan berprestij Asia itu.

Azizulhasni berpeluang menambah kilauan pingat emas apabila turun bertanding dalam acara kegemarannya, keirin yang berlangsung pada Ahad. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 16-6-2023 11:38 PM
Nak bersara lepas ni kabonya. Benarkah?
Quote VioletsAre_Blue 17-6-2023 06:04 AM
Zazama replied at 16-6-2023 11:38 PM
Nak bersara lepas ni kabonya. Benarkah?

Bila? Kalau sekarang rugi setahun je lagi olimpik
Quote hayrin86 17-6-2023 09:54 AM
VioletsAre_Blue replied at 17-6-2023 06:04 AM
Bila? Kalau sekarang rugi setahun je lagi olimpik

Rasanya lepas Olimpik Paris 2024..

Quote miszclassique 17-6-2023 12:21 PM
Teringat gambo tertusuk kayu dulu
Seram betul
Quote Decaffeinated 17-6-2023 01:59 PM
Tahniah!
Ini memang kejohanan peringkat Asia sahaja ka atau itu cuma nama?

Quote axl_bach 17-6-2023 02:59 PM
Bila teringat tgk gambar Jijoe atas podium diapit omputeh bak org kerdil diapit gergasi,  mmg salute abis dekat dia.... Bleh tembus acara sukan yg memerluka kelebihan fizikal...
Quote Hessa 17-6-2023 03:25 PM
sesuai pun dgn pencapaian dia yg konsisten sejak dulu. nk jadi atlet mcm dia, LCW dan Nicol mmg kena jadi extraordinary atlet. baru layak digelar legend.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.030146 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top