CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Tauhu, Mi Kotor Diarah Tutup

16-6-2023 10:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 785| Komen: 15

Hulu Selangor: Dua kilang memproses makanan di daerah ini diarah tutup bermula semalam, selepas gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Kilang menghasilkan tauhu telur dan mi yang masing-masing beroperasi di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mendapat markah kebersihan di bawah 60 peratus.


Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata, pihaknya bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menjalankan pemeriksaan bersepadu di dua kilang terbabit.

Foto Facebook MPHS.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berada dalam keadaan kotor, tiada penyelenggaraan dan kawalan kebersihan.

"Selain itu, terdapat juga serangga perosak dan penyimpanan bahan yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan," katanya dalam kenyataan.

MPHS berkata, premis terbabit juga mengalirkan cecair dari kilang ke dalam longkang awam dan menyebabkan ia tersumbat serta berbau busuk.


"Sebanyak tujuh notis Seksyen 32B dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM15,500 kepada pemilik kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kebersihan Premis Makanan 2007.

"Pada masa sama, MPHS juga mengeluarkan 11 kompaun terhadap kedua-dua kilang meliputi kesalahan tidak mengadakan kawalan serangga perosak, membuang enfluen ke dalam longkang awam, keadaan premis yang kotor, penyusunan stor penyimpanan dan penyediaan makanan yang tidak mengikut peraturan dan menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan," katanya.

Operasi akan terus dijalankan bagi memastikan premis berkaitan makanan patuh undang-undang dan kualiti produk dihasil selamat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atata 16-6-2023 11:13 PM
Alamak... kilang buat tauhu ni kotor ke armmm selalu beli tauhu
Quote Zazama 16-6-2023 11:40 PM
Tak faham lah! Berniaga produk makanan tp kebersihan tolak tepi. Dah tentu owner syarikat bukan budak sekolah tadika. Dah besar panjang tak reti bahasa ke apa? Kaka bet owner tu sendrik pun tak makan produk dia!
Quote sharlenetexas 16-6-2023 11:44 PM
Zazama replied at 16-6-2023 11:40 PM
Tak faham lah! Berniaga produk makanan tp kebersihan tolak tepi. Dah tentu owner syarikat bukan buda ...

Owner nk duit dan untung je.


Quote Zazama 16-6-2023 11:48 PM
sharlenetexas replied at 16-6-2023 11:44 PM
Owner nk duit dan untung je.

Silalah bertaubat. Jgn ashik buat tauhu je! Ha2x!
Quote B40tastePosh 17-6-2023 10:59 AM
Tauhu bergedil left forum
Quote acikhan 17-6-2023 11:13 AM
tgk2 sekali kilang kicap jugak kat area sini...adik haku pas spm pernah keje kilang kicap, esok tu die x de dtg keje lg sbb Kotor bebeno...
Quote matamata 17-6-2023 12:42 PM
Edited by matamata at 18-6-2023 09:20 AM

Kenapa kalau kilang buat mee, tauhu, fucuk, kopok lekor dan roti kebanyakannya "wajib kotor" ?....tolak yg berstatus multimillion punya business lah mcm gardenia nestle segala...byk sgt ke modal nak pastilan persekitaran production tu sentiasa bersih? Atau mmg dah perangai tu mmg pengotor?
Benda ni bukan kat Msia je aku tgk...mana2 third world country pun lbh kurang sama
Quote miss_white 17-6-2023 12:57 PM
Edited by miss_white at 17-6-2023 06:00 AM

Pasal tauhu tu sebelum ni dh ada laporan kn kata kotor
Nasib baik lah aku bukan penggemar tauhu
Dan makanan yang  berasaskan soya

Beli lah mi  bmf keluaran muslim pasti bersih dan halal
Quote doubleharmonic 17-6-2023 03:44 PM
dah tu ko nak orang terus beli ke tak produk kotor ni hah babi? bagi la tau kilang mana nama apa jenama apa yihhh dasar bodoh punya babi
Quote noor2 17-6-2023 08:42 PM
Keturunan indon je yg suka makan tauhu ni...euww
Quote LadyCarefree 18-6-2023 09:13 AM
acikhan replied at 17-6-2023 10:13 AM
tgk2 sekali kilang kicap jugak kat area sini...adik haku pas spm pernah keje kilang kicap, esok tu d ...

Dah buat repot?
Quote LadyCarefree 18-6-2023 09:13 AM
matamata replied at 17-6-2023 11:42 AM
Kenapa kalau kilang buat mee, tauhu, fucuk, kopok lekor dan roti kebanyakannya "wajib Kotor" ?....to ...

Tempe juga.

Quote Burong_Hantuk 18-6-2023 09:51 AM
wekkkkk loya tekak aku
Quote Burong_Hantuk 18-6-2023 09:53 AM
wekkkkk loya tekak aku
Quote Honey_Inara 18-6-2023 11:36 AM
matamata replied at 17-6-2023 12:42 PM
Kenapa kalau kilang buat mee, tauhu, fucuk, kopok lekor dan roti kebanyakannya "wajib kotor" ?....to ...

Special ingredients gamaknya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.031633 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top