CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mimpi Mayat Pegang Tangan, Ucap Terima Kasih Petanda Anda Orang Baik - Dr Zulkifli

16-6-2023 09:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 739| Komen: 4

Mimpi mayat datang mengucapkan terima kasih berkali-kali menunjukkan anda seorang yang baik, kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Beliau berkata demikian ketika mengulas persoalan diajukan seorang individu menerusi rangkaian media sosialnya, Maktabah Al-Bakri.


FB

Soalan tersebut bertanyakan tentang mimpi dialaminya iaitu mayat lelaki datang dan memegang tangannya sambil mengucapkan terima kasih.

Katanya, dia cuba melepaskan tangannya daripada dipegang atau ditarik mayat tersebut tetapi ia tetap menarik dan memeluk keras tangannya sambil mengucapkan terima kasih.

Berkait dengan pengalaman yang dialami individu berkenaan, Zulkifli Mohamad menjelaskan, beliau yakin mimpi itu adalah benar.


"Ia berdasarkan pendapat Ibn Sirin bahawa, apa yang diceritakan oleh orang yang mati dengan sesuatu dalam mimpi adalah benar.

"Ini kerana mereka (orang yang mati) berada dalam negeri yang benar.

"Ucapan terima kasih kepada anda sedangkan anda tidak berkata apa-apa adalah petanda anda orang yang baik.

"Kemudian ditambah pula dengan kedatangan beberapa orang lain yang berkata bahawa anda beruntung," katanya. 


Sumber: Majoriti




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pisanggoreng 16-6-2023 11:21 PM
074891700_1566530242-pcg_3.jpg

mayatnya datang macam ni ke
Quote Miss_LoveLeen 17-6-2023 12:11 PM
Ehh baru perasan. Meolss dah agak lama tak bermimpi2 waktu tidur. Apa pulek petanda tu eekk?
Quote Skuau 17-6-2023 12:22 PM
pisanggoreng replied at 16-6-2023 11:21 PM
mayatnya datang macam ni ke

kok gitew???
Quote Decaffeinated 17-6-2023 01:54 PM
ada juga yang percaya ka. Sukati ko lah labu.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.174642 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top