CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bersorak Tepi Jalan Gelap-Gelita Di Sabah Tonton Lumba Haram Ala 'Fast And Furious X'

16-6-2023 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 343| Komen: 2

Tular sebuah klip video menunjukkan aktiviti perlumbaan haram ala filem Fast and Furious X dipercayai berlaku di Jalan Benoni, Papar, Sabah baru-baru ini.

Menerusi video di TikTok, perlumbaan itu dipercayai membabitkan dua kumpulan berbeza dari Papar dan juga Keningau, Sabah.



TikTok

Klip berdurasi 17 saat itu turut memaparkan ramai penonton berada di tepi jalan bagi menyaksikan perlumbaan melibatkan dua kenderaan yang sedang bersaing dan dipandu secara laju.

Beberapa biji kenderaan lain dipercayai bersama kumpulan tersebut juga didapati berbaris secara memanjang dan diletakkan di bahu kiri jalan tersebut.

Pada masa sama, jalan raya yang digunakan untuk berlumba itu juga dilihat gelap kerana tiada lampu jalan.



Difahamkan, perlumbaan tersebut turut melibatkan wang pertaruhan berjumlah RM120,000.

Setakat laporan ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan kejadian itu. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-6-2023 09:47 PM
Ada baling bra ke?


Quote sharlenetexas 16-6-2023 09:47 PM
Kalau mati, mati katak. Lagi teruk kalau jd kategori bunuh diri.


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051044 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top