CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sanggup Tidur Dalam Kereta 'Jaga' Durian

16-6-2023 09:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 217| Komen: 0

Pemilik kebun durian kini mengambil langkah berjaga-jaga mengawasi hasil mereka daripada dicuri berikutan ada pihak sanggup mencuri durian di dusun milik orang lain dan menjualnya untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah.


Penduduk Kampung Paya Jakas, dekat sini, Azrul Haikal Samsari 23, berkata, dia sanggup tidur dalam kereta di kebun milik bapanya sejak tiga minggu lalu, bagi mengelak durian yang gugur pada waktu malam dicuri.


AZRUL Haikal sanggup tidur di dalam kereta untuk mengelakkan durian di dusunnya dicuri. FOTO Ahmad Ismail.

Beliau berkata, kebun durian milik keluarganya seluas 1.5 hektar dan mempunyai 30 pokok durian itu terletak dua kilometer dari rumahnya.

Katanya, sejak seminggu lalu ada penceroboh yang masuk kebun bapanya pada waktu malam untuk mencuri durian.

"Ada pekebun lain memberitahu mengenai kegiatan curi durian di kebun bapa pada waktu malam... jadi saya mengambil keputusan tidur dalam kereta sementara.


"Saya bergilir dengan ayah tidur dalam kereta untuk jaga kebun dan kutip buah yang gugur," katanya ketika ditemui di sini.

Azrul Haikal berkata, setiap hari selepas solat Isyak, dia yang ditemani rakan sekampung datang ke kebun untuk menjaga dan mengutip durian sehingga Subuh.

"Bila dengar durian gugur, saya akan terus cari dengan lampu suluh dan bawa ke bonet kenderaan. Kalau lambat ambil, buah mungkin akan dimakan binatang seperti babi dan musang," katanya.

Azrul Haikal berkata, harga durian yang ada berbeza-beza mengikut jenis dan dijual pada harga RM4 hingga RM40 sekilogram bergantung kepada jenis.

"Setiap hari, dianggarkan 60 hingga 100 durian dijual dan hasil jualan boleh mencecah antara RM250 hingga RM500 sehari," katanya.

Selain itu, katanya pengeluaran durian terutama di Johor kini berlaku serentak, pekebun perlu pasarkan buah berkualiti segera bagi mengelak rosak dan kerugian.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.081055 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top