CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Satu Dalam Satu Bilion, Wanita Jumpa Telur Ayam Bulat Sempurna

16-6-2023 09:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 472| Komen: 2


Sebiji telur berbentuk bulat sempurna ditemui seorang wanita dari Victoria, Australia di sebuah pasar raya, lapor laman berita The Daily Telegraph hari ini.

Pembeli tersebut berkongsi penemuan itu dengan pengacara 3AW Melbourne, Jacqui Felgate yang berkata, ia terdapat dalam papan telur yang dibeli di pasar raya Woolworths.



Seorang wanita menemui sebiji telur yang mempunyai bulat sempurna di sebuah pasar raya Woolworths, Australia baru-baru ini. - Foto Instagram

Ia bukan sahaja dianggap penemuan satu dalam satu bilion, bahkan telur yang jarang ditemui itu sebenarnya pernah dijual dengan harga yang cukup mahal.

Felgate menulis di media sosial: “Satu dalam satu bilion telur adalah bulat dan kali terakhir ditemui, ia dijual dengan harga lebih AUD$1,400 (RM4,443).”

Pengguna media sosial memberikan pelbagai komen terhadap penemuan yang mengejutkan itu.


“Pertama sekali, wow! Kedua, wanita itu sama ada mempunyai tangan kecil atau telur itu terlalu besar,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen pula berseloroh dengan berkata: “Orang membeli telur dengan harga AUD$1400? Itu keterlaluan.”


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 16-6-2023 09:24 PM
Memang bulat betul erk hahaahh
Quote hokeypokey 16-6-2023 09:39 PM
so ada orang nk bid ke tak telur ni???

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.106779 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top