CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Lagi Isu Boleh Dibawa Ke Dewan Rakyat Berbanding Isu Seragam Jururawat - Syed Saddiq

16-6-2023 09:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 488| Komen: 10

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berpendapat banyak lagi isu sektor kesihatan boleh dibawa ke Dewan Rakyat berbanding isu pakaian seragam jururawat.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, antara isu yang perlu perhatian Dewan Rakyat antaranya kekurangan jururawat dengan nisbah seorang perlu rawat 454 pesakit dalam satu masa.


“Malah kita juga kekurangan lebih 20,000 doktor kontrak tanpa jaminan pekerjaan ditambah dengan kekurangan 2,500 doktor psikiatri seluruh negara.

“Paling ketara kesesakan wad di hospital kerajaan, termasuk di zon utama dan zon kecemasan termasuklah fasiliti klinik yang daif dan ketinggalan,” katanya menerusi Facebook pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau turut menyarankan semua ahli parlimen sama-sama mencari jalan penyelesaian dari peringkat dasar.


FB

Pada sesi Dewan Rakyat Khamis, Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa berpakaian ketat dan tidak patuh syariah.


Beliau mendakwa ramai jururawat wanita yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan berpakaian ketat mengikut acuan barat hingga menampakkan bentuk badan dan tidak selari dengan tuntutan Islam.




Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 16-6-2023 09:30 PM
ar2 tu yg bawak ISU NK HALAL KAN GANJA tu kan??? pooddaahhhh
Quote juboqhang 18-6-2023 12:06 AM
PN... PROPA NEGARA
Quote clara_nur 18-6-2023 02:32 AM


aik..syed sadiq takdak ka dlm parlimen smlm??
bukanka depa bentang dan mcm2 isu??

(cr: fb)



Quote Perawankota 18-6-2023 05:35 AM
Aku selalu ingat nurse2 yg pakai ketat tu sebab dorg sendiri yang nak pakai mcmtu.

Teringat drama gerak khas. Kalau inspector/polis perempuan, seboleh3nya uniform polis tu nak ikut body cutting artis berkenaan.
Quote grouper 18-6-2023 07:45 AM
Kan ada berpuluh ahli parlimen lain bawak je la isu yg rasa penting tu...yg lain2 tu xde function ke ape
Quote laqoyah 18-6-2023 02:27 PM
Betol Tu dik
Quote mojarean_X 18-6-2023 02:37 PM
Lahh ada lg rupanya dia ni. Punyalah dh x relevant dia ni. PH pun wat bodoh je application muda nk msk PH.
Quote sharlenetexas 18-6-2023 02:40 PM
Camne pulak dgn elaun intern dik sadiq oi? Internship kat mana dulu?


Quote sharlenetexas 18-6-2023 02:43 PM
clara_nur replied at 18-6-2023 02:32 AM
aik..syed sadiq takdak ka dlm parlimen smlm??bukanka depa bentang dan mcm2 isu??
(cr: fb)

Dah lama dah pun uniform acik misi husm warna purple baju labuh tudung kat luar. Sampaikan iols pun lupa macamana lupa uniform asal padahal masa sekolah menengah selalu gi husm.


Quote harisbee 18-6-2023 07:11 PM
Dah isu tu je walanon yg basic agama low boleh spin...diskus pasal kos hidup rakyat ekonomi kan menggelupur

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.199775 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top