CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gatal Main Papan Ouija, Wanita Susah Tidur Nampak Hantu Di Hotel

16-6-2023 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 326| Komen: 1

Seorang wanita mendakwa melihat hantu di sebuah hotel selepas menggunakan papan Ouija bagi memanggil makhluk halus.

Kata Alison Dunn seperti dipetik Daily Star, tindakannya itu menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk tidur.



Alison Dunn merakamkan satu lembaga (dalam bulatan) hantu bersandar pada dinding selepas bermain dengan papan Ouija di Hotel Park di Morecambe, Lancshire pada 10 Jun lalu. - Foto Kennedy News/Alison Dunn

Tambahnya, dia juga berjaya merakamkan imej lembaga menakutkan itu dengan sebahagian badannya bersandar pada dinding di Hotel Park di Lancashire, England, pada 10 Jun lalu.

Pengurus bank berusia 49 tahun itu berkata bahawa gambar tersebut dirakam ketika semua pemburu makhluk ghaib tertumpu di bilik tidur tingkat empat hotel yang dianggap berhantu itu.

Walaupun tidak melihat apa-apa dengan matanya sendiri, Dunn berasa terkejut apabila melihat gambar itu.


Tambahnya, ahli kumpulan lain merasakan bahawa laluan di hotel tersebut menjadi sejuk sejurus sebelum dia merakamkan gambar itu, malah mereka melihat cahaya yang berkelip.

“Anda boleh melihat satu kaki jika anda terus melihatnya dan selebihnya kelihatan agak berbayang. Ia kelihatan seperti seseorang yang bersandar di dinding,” kata Dunn. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-6-2023 09:08 PM
dh ko panggil, dia datang ko takut plakkk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034158 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top