CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Terlibat Dalam Kontroversi Murahan, Amira Othman Lebih Rela Nama Sendu

16-6-2023 06:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 473| Komen: 5

Amira Othman sedaya upaya mengelakkan dirinya daripada terbabit kontroversi murahan meskipun namanya kini agak 'tenggelam' dalam industri seni tanah air.

Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013, Amira Othman berkata ramai kenalannya mencadangkan untuk dirinya mencipta kontroversi, namun dia lebih rela namanya pudar daripada terpalit dengan perkara yang tidak bermanfaat itu.


Foto: IG

"Saya tidak menafikan kontroversi boleh menaikkan nama seorang anak seni, tetapi tidak semestinya mereka perlu menciptanya hanya ingin mendapatkan publisiti.

"Malah, jika kita dapat menghasilkan karya-karya bagus pun boleh menaikkan nama dalam dunia seni tanpa menggunakan apa-apa gimik.

"Saya pernah terfikir ingin membuat gimik untuk lebih dikenali, namun perkara itu tidak mudah dilakukan," katanya kepada Harian Metro.


Penyanyi kelahiran Johor ini turut berharap keberadaannya dalam industri seni ini bukanlah datang daripada kontroversi, sebaliknya ingin menghasilkan karya yang bagus dan diingati ramai.

"Saya sangat takut seandainya kontroversi itu memudaratkan nama baik saya dan keluarga, serta jika mahu buat sekali pun, bukanlah sebuah kontroversi yang bercanggah dengan imej," katanya.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Amira mengakui dirinya agak cerewet dalam memilih lagu single, jadi disebabkan itulah namanya menjadi 'pasang surut' dalam industri seni ini.

Dalam pada itu, Amira juga ingin mengutamakan kariernya sebagai penyanyi, barulah dia akan fokus dalam bidang lakonan.


"Sejujurnya, ramai yang bertanya kepada saya bila mahu berlakon semula, dan saya juga agak merindui set penggambaran, tetapi, jika ada rezeki, Insya Allah saya akan sambung berlakon," katanya.

Terdahulu, Amira pernah membintangi drama popular berjudul Abang Bomba I Love You digandingkan dengan Hisyam Hamid. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-6-2023 06:33 PM
Kalo aku JD retis pun aku suke sendu.. keje dpt duit sudahlaa.. tak kose aku melodi interview betul ke bercibta dgn sipolan... Sipolan pulak muka rupe rebung.. dpt muka cam tom cruise ke tak pe laa.. I ok je..
Quote dudaberhias 16-6-2023 06:41 PM
lebih rela nama sendu sebab tak nak gosip murahan... padahal memang dah sedia sendu pun kalau ada gosip murahan pun... gitu ayat nak selamatkan diri kan...

Quote dua_chzy 16-6-2023 08:17 PM
Deols ni batch AF yang kira menjadi la budak2nya.
Quote orkidorkido 16-6-2023 08:44 PM
Siapakah ini? Sendu sungguh
Quote Lentera 16-6-2023 10:32 PM
Dah HAJAH kan so lebih afdal la low profile

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.695826 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top