CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Lelaki Pecah Masuk Lepas Jumpa Kunci Depan Rumah

16-6-2023 06:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 298| Komen: 2

BANGKOK – Dua pencuri memecah masuk ke dalam bilik sewa seorang wanita selepas menemui kunci yang disembunyikan di hadapan bilik tersebut.

Thaiger melaporkan, rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik kedua-dua penjenayah itu tiba di lokasi yang terletak di daerah Bang Lamung, wilayah Chon Buri, Thailand, pada pukul 6 petang (waktu tempatan) Selasa lalu, manakala kenderaan yang mereka gunakan tidak memiliki plat pendaftaran.


Foto: Thaiger

Bilik yang disasarkan adalah milik Namphueng Iamsiri, 29, seorang jurujual kosmetik.

Berdasarkan rakaman CCTV, suspek pertama kelihatan berusia lebih kurang 30 hingga 40 tahun, tinggi dan berbadan sasa, berbaju biru serta berseluar panjang.

Suspek kedua berbadan sederhana, memakai baju singlet putih, seluar jean, selipar dan memiliki tatu di lengannya, manakala kedua-duanya menyembunyikan muka mereka dengan visor topi keledar.


Polis Banglamung sedang berusaha menjejaki suspek dengan menganalisis rakaman CCTV yang ada. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-6-2023 07:09 PM
dh lama sekodeng ler ni.. tu yg tau pompuan tu simpan kunci kt mana
Quote Sazreena 16-6-2023 07:13 PM
Nasib tak kena rowgoal..bijaknya lahai sorok kunci kat situ.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037965 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top