Tular di negara jiran video dikongsikan petugas kesihatan mengenai wanita yang yang lewat sehari dibawa untuk pemeriksaan selepas air ketubannya pecah. Menurut Laelatul Badriah, mengikut pemantauan yang dibuat, wanita itu perlu dirujuk segera demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Namun peliknya, keluarganya tidak membenarkan wanita itu ditahan di sana kerana mahu proses beranak ini berlangsung secara natural. Walaupun petugas kesihatan berkali-kali mengingatkan pilihan untuk menunggu lebih lama itu boleh menjejaskan bayi, mereka tetap berdegil. Apa yang menjengkelkan, suaminya hanya mengiyakan saja perintah ibunya tanpa mengambil kira keselamatan isteri dan anak dalam kandungan isterinya. Malah, mereka memarahi pasukan prubatan yang pergi ke rumah mereka kerana berdegil dengan pendirian untuk menunggu wanita terbabit melahirkan sendiri anaknya. Keadaan semakin getir, akhirnya apa yang paling dirisaukan patugas perubatan menjadi kenyataan apabila bayi dalam kandungan gagal diselamatkan lantaran kemahuan keluarga mentua yang bersifat mementingkan diri. Justeru apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran buat suami di luar sana agak bijak dalam membuat keputusan. Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT