CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzan Adlan Kena Pakai Spek Hitam Atas Pentas Sebab Stage Fright, Diserang Anxiety Nampak Ramai Orang

16-6-2023 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 377| Komen: 3

Penyanyi baharu, Izzan Adlan memberitahu dia sebenarnya takut untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Disebabkan itu dia sering memakai cermin mata hitam supaya penglihatannya tidak tertumpu kepada penonton.


Foto: IG

"Dari dulu lagi saya memang ada perasaan stage fright. Kadang-kala sampai timbul rasa anxiety apabila melihat terlalu ramai orang yang menonton ketika membuat persembahan.

"Sebab itu saya selalu pakai kaca mata. Bukan sekadar nak bergaya, tetapi ia juga bertujuan mahu alihkan perhatian. Tidaklah saya terlalu pandang ke arah penonton," katanya kepada mStar.


Penyanyi ini juga memberitahu dia kini mula mengembangkan kerjaya di Malaysia dengan terlibat dalam beberapa persembahan sebagai langkah permulaan memperkenalkan lagi namanya.

Malah Izzan berkata, sejak awal penglibatan dia sudah memasang impian untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana yakin sokongan baik peminat di sini.


"Saya berulang-alik ke sini (Kuala Lumpur) sejak Disember tahun lalu. Memang lain apabila dapat membuat persembahan di sini kerana penonton yang datang dalam mana-mana acara sangat memberi sokongan.

"Sekarang ini saya masih dalam tempoh belajar dan apabila tamat nanti saya rancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur.

"Rasanya sudah lama tidak ada artis baru Singapura yang datang ke sini. Saya mahu membuatkan negara saya bangga," ujarnya.


Tampil dengan lagu bergenre jazz sebagai pengenalan, Izzan berkata dia sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai jenis muzik.

"Sebagai penyanyi saya kena versatil. Kalau asyik sama sahaja nanti peminat akan bosan. Saya juga sedia untuk mencuba pelbagai genre lagu mengikut trend semasa," jelasnya.

Berikut adalah lima fakta menarik tentang Izzan.

1. Pernah bergelar atlet renang profesional ketika di bangku sekolah

2. Izzan tidak pandai menggunakan tangan ketika makan dan kekok jika terpaksa berbuat demikian

3. Tidak suka makanan pedas

4. Izzan tidak boleh mengambil makanan atau minuman berasaskan susu kerana mempunyai masalah alergi

5. Izzan kini sedang menuntut dalam bidang muzik di sebuah institusi pengajian di Singapura -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miemiecha 16-6-2023 05:28 PM
  1. 2. Izzan tidak pandai menggunakan tangan ketika makan dan kekok jika terpaksa berbuat demikian
Copy the Code


jadi dia pakai kaki? org gaji ikut blkg utk suap mkn?
ke ganer???
Quote dudaberhias 16-6-2023 05:31 PM
miemiecha replied at 16-6-2023 05:28 PM
jadi dia pakai kaki? org gaji ikut blkg utk suap mkn?
ke ganer???

dia kerumun macam dubuk dok kerumun bangkai dalam animal planet tu kot kaka?
anyway who izz yuhhh...  muka iras2 mat2 rempit sabak bernam... lagi2 si eman fakri yang bakor gf tu...
Quote miemiecha 16-6-2023 05:36 PM
dudaberhias replied at 16-6-2023 05:31 PM
dia kerumun macam dubuk dok kerumun bangkai dalam animal planet tu kot kaka?
anyway who izz yuh ...

kakdud!!!
mek membayangkan dia menerkam cam dubuk tu dahh,,
bersembur air sirap tgk kakadud reply komen mek...
sembah ratu hokeyh!!
laga muntut...

btw, again, who is this pokemon?&????

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031836 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top