Bandar Elko, Nevada dihurung jutaan cengkerik spesis Mormon yang menyelubungi jalan raya dan rumah sehingga menghalang akses hospital. Penduduk tempatan, Colette Reynolds memberitahu CBS bahawa beliau rasa seperti hilang kebebasan.
"Walaupun ketika berada di dalam rumah, ia kelihatan seperti hujan kerana mereka jatuh secara berterusan dari merata tempat di mana mereka tidak dapat berpaut," katanya. Serangga itu turut menimbulkan masalah untuk perkhidmatan kecemasan awam kerana jumlahnya terlalu banyak untuk ditangani. "Untuk membawa pesakit ke hospital, kami meminta orang di luar menyapu terlebih dulu untuk membuka laluan bagi kami masuk," kata Steve Burrows dari Hospital Northeastern Nevada kepada TV KSL. "Kami juga cuba menggunakan traktor dipasang dengan penolak salji hanya untuk menolak timbunan cengkerik yang berada diatas jalan," katanya. Pakar entomologi negeri Nevada, Jeff Knight, berkata kawanan cengkerik bukanlah sesuatu yang luar biasa di rantau ini, tetapi lebih ketara kali ini apabila penempatan manusia merebak memasuki kawasan habitat serangga. "Selagi boleh bertolak ansur, penduduk di sini akan meneruskan hidup bersama cengkerik," kata Knight kepada CBS. Sumber: BH Online
|
sharlenetexas replied at 16-6-2023 04:57 PM
Bagaimana cengkerik membiak dengan banyak sebegitu cepat?
sharlenetexas replied at 16-6-2023 08:57 AM
Bagaimana cengkerik membiak dengan banyak sebegitu cepat?
Skuau replied at 16-6-2023 04:59 PM
yg ni kena tanya rohingya...
"Selagi boleh bertolak ansur, penduduk di sini akan meneruskan hidup bersama cengkerik," kata Knight kepada CBS.
shernazz replied at 16-6-2023 05:08 PM
Ni kalau orang Vietnam Thai Kampuchea laos dll .
Sure dah buat satay dah
airfilterkotor replied at 16-6-2023 06:22 PM
Cengkerik goreng celur.
Cengkerik goreng tepung.
ADVERTISEMENT