CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Kantin Tak Memasak Di Dapur Kantin Sekolah Boleh Dikenakan Tindakan - KPM

16-6-2023 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 230| Komen: 0

Pengusaha kantin diarah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyediakan makanan bermasak di kantin sekolah berdasarkan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pematuhan kepada perkara tersebut dan segala arahan yang terkandung dalam Garis Panduan Kantin Sekolah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa merupakan salah satu elemen dalam perjanjian berkenaan.



FB

Menurutnya, pihak kementerian sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesihatan murid berdasarkan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat (2011).

“Sekiranya pengusaha kantin didapati tidak memasak makanan di dapur kantin sekolah tersebut tanpa sebarang alasan yang munasabah, pihak sekolah melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Murid hendaklah berbincang.

"Dan memberi nasihat kepada pengusaha kantin, mengambil tindakan berdasarkan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah,” katanya dalam pertanyaan bukan lisan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.


Beliau menjawab pertanyaan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai pendirian KPM terhadap pengusaha kantin yang memasak di luar walaupun terdapat kemudahan dapur sekolah berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.082456 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top