CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Youtuber Pandu Lamborghini Laju Demi Buat Content Media Sosial, Budak Lima Tahun Maut Dirempuh

16-6-2023 04:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1022| Komen: 5

Seorang YouTuber yang memandu sebuah kereta Lamborghini untuk membuat content merempuh sebuah kenderaan lain, sekaligus mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Kejadian yang berlaku di Rom pada petang Rabu, Itali itu turut menyebabkan ibu dan adik perempuan mangsa cedera.


Matteo Di Pietro, 20, didakwa memandu Lamborghini warna biru bersama empat YouTuber lain sebagai penumpang sebelum merempuh sebuah kereta yang dinaiki satu keluarga.


Foto: Daily Mail

Mangsa yang berusia lima tahun, Manuel Proietti bersama ibu dan adik perempuannya berumur empat tahun dikejarkan ke hospital, namun dia disahkan meninggal dunia dalam perjalanan.

Penduduk tempatan mendakwa kumpulan YouTuber yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) itu cuba memintas sebuah kereta lain pada kelajuan tinggi sebelum rempuhan berlaku.

Ketika kejadian, ibu Manuel berusia 29 tahun baru menjemput anak-anaknya dari tadika.


Foto: Daily Mail

Personaliti media sosial, Vito Loiacano yang menyertai Di Pietro bersama tiga YouTuber lain, dan mempunyai lebih 600,000 pengikut, untuk beraksi dalam Lamborghini.

Kelima-lima mereka yang menaiki SUV itu terdiri daripada kumpulan yang dinamakan 'The BorderLine'.

Kesemua YouTuber ini mengambil bahagian dalam cabaran media sosial yang menyaksikan pengaruh mengambil bahagian dalam lagak ngeri untuk memenangi hadiah, lapor Corriere della Sera.

Mereka cuba menghabiskan 50 jam tanpa henti dengan menaiki kenderaan mewah itu.

Pendakwa raya di Rom sedang menyiasat Di Pietro kerana memandu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan parah, manakala polis trafik cuba mengenal pasti indvividu yang merakam aksi dari dalam Lamborghini. - CARI

Sumber: mStar/Daily Mail

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 16-6-2023 05:14 PM
Hanat sungguh
Kesian wei mak dia tgk anak mati depan mata sebab kebodohan org lain
Quote Goodluckdontcry 16-6-2023 08:42 PM
Naik lg lembugini..dah ko pun jd lembu ( bak kata org2 tua, bodoh mcm lembu... kehkehkeh)

Mmg cilaka manusia2 mcm ni .sbb kecuaian / kebodohan org lain, kita jd mangsa..
Quote hokeypokey 16-6-2023 09:42 PM
konten punya pasal sampai terbunuh budak, sepatutnya kau jer yg patut mati!!!
Quote Ahriman 17-6-2023 02:36 PM
Dasar Influenza gampunk..
Quote Chairman 18-6-2023 04:05 PM
Syarat global utk jd influenza mmg kene bodoh abadi kot..bkn setakat kt msia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.029092 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top