CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai Kanan DBKL Tak Mengaku Goda Bini Orang Untuk Bersetubuh

16-6-2023 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5282| Komen: 98

Seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memujuk isteri orang melakukan persetubuhan, tahun lalu.


Pengarah Eksekutif (Pengurusan) DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri, 49, didakwa memujuk wanita berusia 37 tahun itu melakukan persetubuhan dengannya dan pujukan itu didakwa dilakukan di bangunan tersebut di sini di antara 8 malam, 14 Jun 2022 dan 11.57 pagi 14 November 2022.


KHAIRUL Anuar Mhd Juri (kiri) hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan memujuk seorang wanita yang sudah bersuami melakukan persetubuhan haram. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat orang anak itu didakwa memujuk wanita yang merupakan isteri kepada seorang lelaki berusia 47 tahun dengan niat agar wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.


Tertuduh yang kini digantung tugas didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin membenarkan Khairul Anuar diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Julai ini untuk sebutan kes.

Mahkamah turut melarang tertuduh mengganggu saksi-saksi sehingga perbicaraan selesai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Diana Saad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi sehingga kes selesai.

Peguam Fahmi Abd. Moin yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,000 dengan alasan anak guamnya telah digantung kerja dan hanya memperoleh separuh gaji.

Jelas beliau, anak guamnya yang mempunyai empat orang anak hanya mampu membayar RM2,000. Dua anaknya masih menuntut di kolej dan dua lagi masih bersekolah.

Sementara itu, peguam pemerhati Nor Azri Mohd. Arif yang mewakili mangsa memohon agar identiti mangsa tidak didedahkan oleh pihak media kerana perkara ini sensitif.

Majistret Nurul Izzah bagaimanapun berkata, pihak media mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

“Saya percaya media tahu. Kalau dilaporkan juga boleh dikenakan tindakan,” katanya. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 16-6-2023 04:42 PM
Mcm kes darrenchoi dgn daphne.


Quote vanillaninja 16-6-2023 04:56 PM
I kalau baca kes2 gini memang kesian dekat the wife and the kids, especially the kids. Nama bapak dah terpampang dalam news. 1 Malaysia tau.
Quote jlo 16-6-2023 04:57 PM
carik penyakit
Quote shernazz 16-6-2023 05:10 PM
Aje gile ko gilekan bini orang lain kenapa?
Bini sundiri ada..
Elok bagi penampo je dia neh
Quote miracle_forever 16-6-2023 05:13 PM
yg mana satu OKT? yang pakai kopiah ke? euwwwww tak padan dah tua
Quote Sazreena 16-6-2023 05:15 PM
Dah letak nama tu bukan kira dah dedah identiti ke..apooo..
Quote white_musk 16-6-2023 05:16 PM
Sazreena replied at 16-6-2023 05:15 PM
Dah letak nama tu bukan kira dah dedah identiti ke..apooo..

Takkan yg pakai kepiah pulakkk...
Quote Sazreena 16-6-2023 05:19 PM
white_musk replied at 16-6-2023 05:16 PM
Takkan yg pakai kepiah pulakkk...

The moment reporter tepek nama..tujam dah xde makna nak sorok identiti.
Quote renko 16-6-2023 05:23 PM
Sazreena replied at 16-6-2023 05:19 PM
The moment reporter tepek nama..tujam dah xde makna nak sorok identiti.

Sementara itu, peguam pemerhati Nor Azri Mohd. Arif yang mewakili mangsa memohon agar identiti mangsa tidak didedahkan oleh pihak media kerana perkara ini sensitif.



kan dia kata mangsa
bukan tertuduh
ada reveal nama mangsa ke
Quote tompie 16-6-2023 05:33 PM
Serious la.. kira sexual assault gak ke?
Tapi kalau ikut pertuduhan tu gigih dari June sampai November dia ajak..
Bodo betul.. kalau orang tu dah taknak kon pandai2 la..
mangkuk betul.. menyusahkan anak bini aje mcm ni
kejap lagi bini pun mintak cerai
Quote Sazreena 16-6-2023 05:34 PM
renko replied at 16-6-2023 05:23 PM
Sementara itu, peguam pemerhati Nor Azri Mohd. Arif yang mewakili mangsa memohon agar identiti man ...

Opsieee..sorry my bad...
Quote ifanonline 16-6-2023 05:36 PM
salah bini dia ni tidak service laki secara maximum
Quote Sazreena 16-6-2023 05:37 PM
tompie replied at 16-6-2023 05:33 PM
Serious la.. kira sexual assault gak ke?
Tapi kalau ikut pertuduhan tu gigih dari June sampai Novemb ...

Mungkin dah lama dia harass pompuan tu..dia geram tak dapat tu yg jadi assault. Some lelaki taste kat bini orang. In this case jantan ni kira dah salah gunakan kuasa gak.
Quote Sazreena 16-6-2023 05:38 PM
sharlenetexas replied at 16-6-2023 04:42 PM
Mcm kes darrenchoi dgn daphne.

Mungkin dimaafkan sbb masa tu dia belum isle lagi.
Quote renko 16-6-2023 05:42 PM

hahahaah sebab 4x ulang baca
ada ke nama pompuan tu
hahaha
Quote ifanonline 16-6-2023 05:48 PM
tengok bini org pakai ketat pun boleh jadi modal
Quote Sazreena 16-6-2023 05:56 PM
renko replied at 16-6-2023 05:42 PM
hahahaah sebab 4x ulang baca
ada ke nama pompuan tu
hahaha

Iols skimming tadi..tapi sempat la gugel nama jantan tu..nampak kat efbi muka penuh.
Quote cikatilia 16-6-2023 05:57 PM
rajin plak aku cari kat fesbuk
En. Khairul Anuar Mhd Juri, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL selaku Timbalan Ketua Kontinjen Sukma Wilayah Persekutuan menghadiri satu sesi Motivasi bersama pasukan Bolasepak Kuala Lumpur bagi meningkatkan semangat sebelum menghadapi cabaran pada minggu hadapan.

Semoga berjaya!! [color=var(--accent)][url=https://www.facebook.com/hashtag/kitajuara?__eep__=6&__cft__[0]=AZWzey6SkhQaCYNRLQ7wRpaATTIu5Fft1nRdGRXI6wwt6Z8janRbb5pPZsQMagubEtfhbFOziXyIvntAP6elRlcSnNLyas4cuhFEBY90rzaAZ2dlnld9PHe_9GZtHQIGcdp7hY3xgbdwuHU2qsVRxBsk2FPXwiNUTecUV2UOUCkudQ&__tn__=*NK-R]#kitajuara[/url]






Quote B40tastePosh 16-6-2023 05:59 PM
Cari lah janda pirang

Lihat semua komen(98)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039685 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top