CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Fulltime Semak Dengan Rider Part Time, Kacau Rezeki Katanya!

16-6-2023 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 555| Komen: 8

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan  kesal apabila penghantar makanan separuh masa didakwa tamak dan menganggu rezeki.

Di Facebook, individu tidak dikenali itu meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada penghantar makanan separuh masa yang didakwa sibuk mencaras rezeki mereka walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap.


Gambar Hiasan

“Yang separuh masa, dah ada kerja tetap, gaji tetap setiap bulan. Ada polis, tentera, swasta, tak perlu tamak,” katanya.

Tambahnya, mereka juga memilih untuk bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan faktor usia, kesihatan dan masih belum mempunyai rezeki untuk bekerja tetap.

“Kenapa perlu tamak?, sedangkan rezeki (korang) dah ada tetap setiap bulan,” soalnya.

Menurutnya, dia bukan tidak percaya pada rezeki tuhan, tetapi kejadian seperti ini sedikit sebanyak menganggu periuk nasi mereka.

“Ini bukan tidak percaya rezeki tuhan, tapi kalau ‘order’ satu jam 100, tapi ‘rider’ full time dan part time ada 200, kau rasa?,” katanya.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak bersetuju dengan apa yang diluahkan.

“Yang part time tak ada ambil job banyak mana pun. Mereka ‘target’ RM30 sehingga RM50 , buat pun lepas habis waktu kerja,” komen Arif.

Perkongsian itu menjadi tular dan meraih banyak perhatian terutama di kalangan rider. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 16-6-2023 04:44 PM
Orang tak percaya konsep rezeki masing2 memang akan sempit rezekinya.
Quote afie_m 16-6-2023 04:49 PM
jganlah marah bang, dia orang pun kalau cukup tak buat partime ni
Quote Skuau 16-6-2023 04:55 PM
Lu punya nasib...Lu makan...
Dia punya nasib...Dia makan...
Apa salah Lu makan sama sama...
-Mr Singh Studio Jalan Ampas
Quote jihyomelly 16-6-2023 04:56 PM
rezeki memasing…percaya rezeki ajal mati di tgn Allah..mcm anak even tgh intern weekend buat lalamove..cari duit poket sendiri..takkan gitu pun kacau periuk nasi rider full time? yg part time ni sbb x cukup kena la cari jalan utk extra income..
Quote shernazz 16-6-2023 04:56 PM
Habang2 grab mmg berlagak sikit dgn rider2 baru..hahaha...
Ni sepupu iols bgtau la..laki dia buat Foodpanda.
Quote kemaruk 16-6-2023 05:45 PM
Cetusan idea rosmah untuk memulakan startup grab
Quote renko 16-6-2023 05:45 PM
lah babi fulltime ni kan gaji 8k katanya
apa yg risau sangat
Quote BartholomewKuma 16-6-2023 05:57 PM
apa benda bodo si @CARI-MRO ni. tred dah ada hang pi buh lagi bagi semak. belajaq malaih mak pak mai sini neik tongkang lagi nak buat besaq kepala ka

CC @admin6

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.030991 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top