CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lesen Senjata Api Dibatalkan Lepas Tertembak Kaki Sendiri Ketika Bermimpi

16-6-2023 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 158| Komen: 1

Lelaki Amerika Syarikat didakwa melepaskan senjata api secara melulu dek tertembak kaki sendiri ketika bermimpi.

Mark M Dicara, 62, ditemui polis di rumahnya di Illinois, April lalu dengan kesan tembakan pada kaki, lapor New York Post.




MARK M Dicara. FOTO Pejabat Syerif County Lake County

Pejabat Syerif County Lake berkata, mangsa mendakwa dia mengalami mimpi ngeri mengenai dia dirompak sebelum mengambil senjata apinya, Revolver 357 Magnum tanpa sedar.

"Apabila melepaskan tembakan yang terkena pada kakinya sendiri barulah dia tersedar dari mimpi itu.

"Peluru itu turut menembusi katilnya.

"Ini bukan kejadian pecah rumah tetapi kemalangan ketika tidur," katanya.

Akibatnya, mangsa didakwa melepaskan senjata api secara melulu selain memiliki senjata api dengan lesen yang dibatalkan.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin selepas membayar AS$150,000 (RM692,925) serta bakal dibicarakan di mahkamah pada 29 Jun ini.



Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-6-2023 04:26 PM
malam ku bermimpi...hai dengan satu bintang

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.122333 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top