CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

MK Rancang Perkahwinan Dalam Masa Dua Minggu Sebab Nak Elak Fitnah

16-6-2023 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1582| Komen: 8

MK dari kumpulan K-Clique mendedahkan, perancangan perkahwinannya sebenarnya dibuat dalam masa dua minggu sahaja.

Ia berikutan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan isteri iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin mahu mengelakkan sebarang fitnah.



mStar

"Perancangan untuk berkahwin memang ada sebelum ini, tetapi kami belum tetapkan sebarang tarikh. Jadi saya perlu pilih tarikh sesuai untuk urusan dokumen dan sebagainya.

"Syukur segalanya berjalan lancar walau dalam tempoh dua minggu melakukan persiapan. Ada juga dugaan kecil, tetapi tidak mengganggu proses majlis.

"Kami mahu utamakan perkara wajib. Dalam masa sama mahu elak fitnah orang ramai. Jadi kami segerakan bernikah,” katanya kepada mStar.


mStar


MK ditemui semasa majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor pada Jumaat.

Berkongsi cerita detik perkenalan mereka, MK berkata dia dan Siti Hajaar mula berhubung menerusi media sosial sekitar empat tahun lalu sebelum memutuskan untuk menjalinkan hubungan cinta.

MK bagaimanapun mengambil langkah tidak mendedahkan kisah cinta mereka kerana bimbang ia menjadi bualan ramai.

"Saya tidak rahsiakan, cuma tidak menunjuk hubungan kami. Perkara yang belum pasti lebih elok tidak terlalu berkongsi.

"Selepas ini pun saya tidak mahu terlalu dedahkan kisah hidup bersama isteri. Mungkin ketika hadir di majlis tertentu sahaja saya akan bawa dia bersama," ujarnya.


mStar

Dalam pada itu, MK mengakui Siti Hajaar merupakan individu paling banyak mengajarnya mengenai kehidupan dan menegur jika dia melakukan sesuatu tindakan tidak sepatutnya.

"Syukur dia banyak mengajar saya tentang kehidupan termasuk daripada segi percakapan, adab dan penampilan.

"Dari sudut kerjaya seni juga dia banyak menegur supaya menjaga tingkah elak melakukan perkara tidak sepatutnya," ujarnya.

Ditanya mengenai lokasi bulan madu, pasangan ini memberitahu mereka belum ada perancangan itu.

Begitu juga soal zuriat, MK dan Siti Hajaar menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang pada malam Sabtu ini.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-6-2023 07:07 PM
apesal muka pompuan ni nampak tua??? sape la makeup sampai nampak tak berseri ni, ke salah lighting??? nampak mcm adik jadik wali kakak
nikah, so sila up gambar bini pelbagai gaya cam bini yonniboi rambut biri2, tak pun cam bini hakim rusli yg kejap bertutup kejap terbukak, baru pokcik mokcik forum bleh komen panjang lebar
Quote heythere123 16-6-2023 07:46 PM
gambar wife sheols ni memang auto tak lawa ke kalau masuk forum?

sebab tadi ada forumer kata elok je gambar dekat site lain
Quote little_sis 16-6-2023 09:05 PM
Td aku tgk gambar wife dia yg senyum nampak gigi, rasa mcm comel sgt.. tapi gambar yg ni nampak mcm lain pulak..
Quote dudaberhias 16-6-2023 09:08 PM
Elak fitnah apa masalahnyaaa? Fitnah yang ko tanam mentos dalam gusi??? Yihhhh...

Dedua kepam so memang sekufu.... Sorang kelindan lori, sorang penjual latok2...

Lepasni takde dah la cikki gelenyar komen nak isap halkum ko tu! Dah la muka masing2 macam mak kundur duduk bawah parit menanti cikki sabah balik kampung panggil2 mak kundur dan lempar udang...
Quote dudaberhias 16-6-2023 09:13 PM
Ni mak kundur tu yach... Saling tak ubah dengan rupa cikki yang tinggalkan komen birah kat ig/tiktok MK

[tiktok]7183631689363508507[/tiktok]
Quote samshik 17-6-2023 06:42 AM
Apa la yg byrah2 berlendir naw tgk mamat veneer ni..
Quote Rotipitadaging 17-6-2023 09:40 AM
100 ko ckp....1 je blh caye
Quote tuntasha 17-6-2023 09:46 AM
Stetment stended budak budak camni ler , nak elak fitnah.cakap je lah mmg da ready nk kawin.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066082 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top