CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelbagai Organ Gagal Berfungsi, 2 Pelajar Kritikal Minum Air Berkarbonat Campur Spirit Meninggal Dunia

16-6-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 629| Komen: 5

Dua pelajar berusia 17 tahun sebuah sekolah menengah di Pitas yang kritikal akibat minum air berkarbonat campur spirit disahkan meninggal dunia pada Rabu dan Khamis di Hospital Queen Elizabeth (QHE1) dan QHEII, Kota Kinabalu.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Zairolnizal Ishak berkata, kematian pelajar pertama dilaporkan pada jam 4.08 petang Rabu.


Gambar hiasan

"Punca kematian ialah kegagalan fungsi pelbagai organ disebabkan keracunan metanol.

"Pelajar kedua pula dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya iaitu pada jam 4 petang dan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan pada otak akibat keracunan metanol," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, mayat kedua-dua pelajar itu tidak perlu dibedah siasat memandangkan punca kematian telah diperoleh dan mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan.


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sinar Harian pada 9 Jun lalu melaporkan dua pelajar Tingkatan Lima kritikal manakala 18 lagi rakan mereka menerima rawatan di hospital selepas minum minuman berkarbonat yang disyaki dicampur dengan spirit.

Difahamkan, pelajar berkenaan secara beramai-ramai telah meminum minuman berkenaan sehingga menyebabkan mereka mengalami keracunan metanol pada 6 Jun lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan bahawa 20 pelajar terbabit telah mengalami keracunan metanol.

Dua pelajar yang kritikal itu memerlukan bantuan pernafasan dan masing-masing dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HQE1) dan HQEII.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 16-6-2023 04:01 PM
Spirit tu methanol kan? Kat mana depa beli? Sejak bila pulak orang minum direct methanol tu? Apa ke gila babi kau tatau benda tu highly toxic???
Quote salimrock 16-6-2023 04:05 PM
memandai2 je nak buat moonshine sendiri...

ada la member aku cakap, kalo ibu roti tu, campur dgn air buah pn diperam boleh jd liquor katanya orang kt penjara buat cam ni..

tp salah buat, boleh kritikal ooo... baik ko beli je la carlsberg atau wiski cap kapak kt kedai ...
Quote babelina 16-6-2023 04:29 PM
giler la bdk2 skrg nie... x pasal2 jadi arwah...
Quote kucingitam 16-6-2023 04:32 PM
mana belajau minum gini dik..
Quote supernaturalee 16-6-2023 04:33 PM
buat eksperimen kimia ke dek

cer jawab dr sana acik2 porum nk tau

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.042875 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top