CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Maut Tersepit Masuk Longkang

16-6-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 217| Komen: 0

Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam longkang di Jalan Besar Lekir-Sitiawan, berhampiran stesen minyak Caltex, dekat sini, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Anuar Maarik, 50 tahun, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan hospital.



Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Besar Lekir-Sitiawan, dekat Beruas, hari ini. - Foto JBPM Perak

Bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Wira yang terbabas ke dalam longkang di Jalan Besar Lekir-Sitiawan, dekat Beruas, hari ini. - Foto JBPM Perak

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 10.30 pagi.


“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira, telah terbabas ke dalam longkang, menyebabkan pemandu tersepit,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.


Foto JBPM Perak

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Johari Tomin tamat jam 11.25 pagi.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.048547 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top