CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar 11A SPM Pilih Maahad Di Bachok, Mahu Duduki STAM-"Mohon Hentikan Perhatian Kepada Saya, Risau Keselamatan Keluarga"

16-6-2023 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2233| Komen: 30

Bachok: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A Muhammad Syahril Saidi memilih untuk meneruskan pelajarannya di Maahad Yaakubiah di Kampung Nipah di sini, walaupun ada menerima banyak tawaran.


Syahril, 18, berkata, dia mahu meneruskan pelajaran di tingkatan enam dan menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Agama (STAM) sebelum memilih untuk meneruskan pengajiannya.

Menurutnya, jurusan yang akan diambil nanti adalah dalam bidang agama di mana-mana pusat pengajian, universiti dalam atau luar negeri.


Foto: Harian Metro

"Kalau saya nak terima mana-mana tawaran, urusan berkenaan akan dibincang bersama keluarga dan pihak berkaitan.

"Cuma setakat ini, saya boleh cakap, saya akan kembali ke sekolah (Maahad Yaakubiah) selepas seminggu bercuti menguruskan kematian Umi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kandis di sini, hari ini.


Syahril berkata, dia juga berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang hadir ke rumahnya setiap hari selepas tular kisahnya menjaga ibu yang sakit, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.

"Cuma bagi saya, kita dah boleh tutup (perhatian) terhadap saya, bagi menghormati kehidupan ahli keluarga lain seperti kakak, ibu bapa saudara, sebab ada juga yang ambil kesempatan dengan mengaku ahli keluarga, saya risau juga keselamatan ahli keluarga lain," katanya yang memohon orang ramai memahami keluarganya.

Kediaman Syahril masih dikunjungi ramai orang walaupun hampir seminggu berita kejayaannya dan kehilangan ibunya pada Sabtu lalu.

Kisah Syahril tular selepas kisahnya menjaga ibu yang terlantar akibat angin ahmar namun berjaya memperoleh 11A dalam keputusan SPM yang diumumkan pada 8 Jun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 16-6-2023 03:45 PM
Bagus dik, memang kekadang banyak orang ambik kesempatan sekarang ni dik. Moga terus maju!
Quote babelina 16-6-2023 04:31 PM
bagus dik.. akk puji ko.. rambut sama hitam.. hati lain2.. tgh di atas mcm2 org dekat..
moga Allah permudahkn segala yg terbentang di hadapan ko dik.. Amin Yra..
Quote Decaffeinated 16-6-2023 04:43 PM
Ko caj ja dik siapa2 yang datang nak bergambar tu.

btw macam membazir pulak otak pandai tapi amik jurusan ostad ja. Tak setuju takpe.
Quote cicicumel 16-6-2023 04:45 PM
Thn ni katanya 10k straight A kan.. So?? Apa yg kecoh sgt nk highligt dia
Quote pokokmeranti 16-6-2023 04:46 PM
hormatlah beliau. delete thread ini kerana beliau tidak mahukan perhatian dan risaukan keselamatan keluarga.
Quote sarahmirza 16-6-2023 04:49 PM
Ini semua salah cikgu2 ko la dik...
Kalau cikgu2 ko tak riuh rendah takde la viral kisah ko..
Quote Madel 16-6-2023 04:52 PM
alahai..jgn la sambung sekolah agama dik
pergi la tenguk dunia luar
awak tu pelajar cermerlang kot
Cuba cari kerjaya yg mencabar mcm adik yg kerja kar Rusia tu ke Tesla ke man tah.
Aku pun lupa.
Tapi tu la terokai la dunia luar dari jadi agamawan ni.
Quote talapia 16-6-2023 04:59 PM
Madel replied at 16-6-2023 04:52 PM
alahai..jgn la sambung sekolah agama dik
pergi la tenguk dunia luar
awak tu pelajar cermerlang kot

dia budak pandai.. asas agama pon bagus..
lagi bagus kalau dia explore bidang2 lain yang jarang orang islam explore.
cabar diri tu sikit.. Allah bagi otak yg pandai mungkin untuk penuhi keperluan fardhu kifayah dalam bidang lain dek..

ostad2 ramai..  dorang mungkin memang excel dalam bidang agama aje.. kau bole excel dlm semua bidang.. jangan sia2kan.. muslim community perlukan orang seperti adik ni utk explore banyak benda di luar sana
Quote pearl.silver 16-6-2023 05:13 PM
Ala korang ni. Mcm kn dunia dia terhenti bila dia decide nk amik stam. Mana tau pas habis stam dia terus further amik medic ke hape.
Quote Madel 16-6-2023 05:32 PM
talapia replied at 16-6-2023 08:59 AM
dia budak pandai.. asas agama pon bagus..
lagi bagus kalau dia explore bidang2 lain yang jarang or ...

Itu la maksud aku
pergi la tenguk dunia luar n explore bidang yg lain mcm science ke IT, tekonologi angkasa
dah alang2 dpt 10 tawaran biasiswa kan.
Rebut la peluang tu baik2..gi UK Russia
Allah dah buka kan jalan..,nak risau tingglkan family. dia dah yatim piatu
Nak jadi agamawan kat msia ni tak ada spm pun boleh
tu berlambak da'i la pu la yg x lulus sekolah.
Ujung2 jgn jadi mcm Ebit Lew sudah...euww
Quote shinyoung 16-6-2023 05:44 PM
Madel replied at 16-6-2023 05:32 PM
Itu la maksud aku
pergi la tenguk dunia luar n explore bidang yg lain mcm science ke IT, tekonolog ...

Setuju sgt. I bkerja dlm bidang financial mmg berharap sgt ada pakar dlm bidang ni plus pandai dlm bidang agama.bkn apa konsep shariah dh ada tp nk visualize & implement dlm system backend tu mmg perlukan kepakaran dlm both sides. Hrp ada ramai lg graduan islamic bnking yg bkn saje bijak dlm agama tp bijak jgk nk hal2 financial..

Jadi adik xpela nk msk tgkatan 6 pn yg pntg adik bahagia & moga maju jaya..
Quote Madel 16-6-2023 05:49 PM
shinyoung replied at 16-6-2023 09:44 AM
Setuju sgt. I bkerja dlm bidang financial mmg berharap sgt ada pakar dlm bidang ni plus pandai dlm ...

Ya amik bidang financial or ekomoni pun okey
mana tahu boleh jadi Menteri Kewangan or Gabenor Bank Negara
Tiberr
Quote noell 16-6-2023 06:03 PM
bagus dek amek agama lps tuh terbang pi al azhar ke pi jordan

esok2 balik jgn jadi pakar formula sudahhhhh
Quote drivethru 16-6-2023 09:07 PM
Kak cik yg kematian ayah tu pun, hot fm siap call lagi. KJ siap bagi laptop lagi.

Ape jadi dgn budak spm 5A, yg masuk university sukan kat USA. Makin kelaut jer tgk prestasi dia.
Quote nw111 16-6-2023 09:23 PM
talapia replied at 16-6-2023 04:59 PM
dia budak pandai.. asas agama pon bagus..
lagi bagus kalau dia explore bidang2 lain yang jarang or ...

Rasanya bdk ni mmg ambik aliran agama...haritu tgk subjects yg dia ambik tu mostly subjects agama..so mcm payah sikit kot nk masuk bidang science..law, human science boleh kot
Quote Manusiabesa 17-6-2023 12:20 AM
sarahmirza replied at 16-6-2023 04:49 PM
Ini semua salah cikgu2 ko la dik...
Kalau cikgu2 ko tak riuh rendah takde la viral kisah ko..

Cekgu zmn skrg aku hairan mcm dh hilang kredibiliti. Mcm xjaga maruah/martabat guru. Sikit2 rekod video.sikit2 nk letak kt tt biar fyp.pegi ngajar pun begaya sakan mcm nk pegi fashion show. Smbil ngajar pon letak fon kt meja, buat rekod eh ape la aku xpaham.. xselesa sgguh dgn sikap segelintar ckgu. Mgkin student ada yg suka prvasi, tp ckgu ceroboh.
Quote sarahmirza 3-7-2023 10:48 AM
Manusiabesa replied at 17-6-2023 12:20 AM
Cekgu zmn skrg aku hairan mcm dh hilang kredibiliti. Mcm xjaga maruah/martabat guru. Sikit2 rekod  ...

Iye betul.. Tak profesional langsung. Tapi golongan itu juga yang terpaling sibuk kerja kononnya... Bila kutuk, cakap nnt ilmu tak berkat yada yada yada... Padahal tak faham konsep jariah dan amanah...

Tunggu la kalau ada cikgu anak i yg mengada2 rakam video anak i kemudian viral, mmg i akan saman sbb tak hormat privasi pelajar..
Quote ResellerMaxis 3-7-2023 10:51 AM
Decaffeinated replied at 16-6-2023 04:43 PM
Ko caj ja dik siapa2 yang datang nak bergambar tu.

btw macam membazir pulak otak pandai tapi amik j ...

Dia orang ramai je g Mesir dan negara Timur tengah sambung medic etc lepas abis stam tu.
Quote Perwira2022 3-7-2023 10:53 AM
Decaffeinated replied at 16-6-2023 04:43 PM
Ko caj ja dik siapa2 yang datang nak bergambar tu.

btw macam membazir pulak otak pandai tapi amik j ...

Bila ramai ostat jenis otak tak brilliant ko kecam pulak.. Ko nak apa sebenarnya?

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.060071 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top