CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tahu Bapa Pernah Kahwin Sembunyi Di Thailand, Wanita Anak Satu Kecewa Suami Sebenarnya Abang Kandung Sendiri

16-6-2023 03:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1053| Komen: 7

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut selepas mengetahui perkahwinannya selama ini tidak sah kerana suaminya itu merupakan abang kandung sama bapa dengannya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, wanita tersebut telah bercinta selama tiga tahun dengan lelaki berkenaan dan merancang untuk berkahwin selepas tamat belajar.


Gambar Hiasan

“Wanita ini menceritakan, dahulu bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. Tiga tahun bercinta, jadi sudah rancang untuk berkahwin selepas graduasi.

“Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun,” katanya.

Jelasnya, wanita tersebut kemudiannya berkahwin dengan lelaki berkenaan dan memperoleh seorang cahaya mata.

“Selepas tamat belajar, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung sulung sebagai walinya dan berjaya memperoleh cahaya mata selepas dua tahun,” ujarnya menerusi kapsyen.


Bagaimanapun, wanita itu mula menyedari suami yang dikahwininya itu adik-beradik sebapa setelah ibu mertuanya menunjukkan sijil nikahnya.

“Keinginan wanita ini untuk melihat sijil pernikahan ibu mertuanya tersebut membuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di Thailand.

“Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut,” katanya.

Fahmi menasihati orang ramai supaya mengambil ikhtibar kisah ini dan tidak berkahwin secara sembunyi kerana bimbang berlaku kemudaratan pada masa akan datang.

“Janganlah senyap dan sembunyi. Kalau dah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-6-2023 04:31 PM
ayoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo yenadeyyy kareypuleyyyy nak buat macam mana ni siap dah ada anak algi. sian anaknya tu weiii sihat ke idak. dah incest slalu msti dpt byk pnyakit
Quote shamsadis 16-6-2023 04:45 PM
salah mak bapak yang kahwin dekat Thai tu, mangsa...anak2
Quote mamaneesa 16-6-2023 05:15 PM
xkan sebelum kawen xtau nama bapak masing2 dah sama??
Quote jazaa100 16-6-2023 05:20 PM
Yg mana muka ada iras² tu, jgn ingat ada chemistry okay.....
Tambah lg nama bapak sama....

Quote spankee_fili 16-6-2023 05:25 PM
Hasanah kah ni? Awareness campaign supaya tak kahwin kat siam or poligami
Takkan tak pelik masa tau nama bapak sama.. mesti tanya nama penuh bapak tu apa..
Kalau tak tanya langsung, memang something wrong sebab manusia ada sifat curiousity yg tinggi
Oh even terbatal perkahwinan tapi anak2 tetap halal & bernasabkan abang tiri tu kah?
Quote tompie 16-6-2023 05:28 PM
spankee_fili replied at 16-6-2023 05:25 PM
Hasanah kah ni? Awareness campaign supaya tak kahwin kat siam or poligami
Takkan tak pelik masa t ...

Tulah .. bau ikan sangat
sampai dah kawin pun tak check nama pak mentua..
Takkan ahh tak curious ??

Karut ahh
Quote miszclassique 16-6-2023 05:54 PM
tompie replied at 16-6-2023 05:28 PM
Tulah .. bau ikan sangat
sampai dah kawin pun tak check nama pak mentua..
Takkan ahh tak curious ? ...

Nama sama tu takpe lagi
Takkan sekeping gambar pun takde eh?
Contoh mcm tiba2 throwback RIP daddy ke sambil tepek muka arwah bapak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.029690 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top