CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Tular: Aksi Kekasih Bermanja Sambil Makan Buat Ramai Nak Muntah "Kalau Orang Lain Jaga Saya, Apa Yang Awak Akan Buat?"

16-6-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5039| Komen: 65

Tular satu video di media sosial memaparkan sepasang kekasih sedang menikmati kentang goreng bersama sos.

Kedua-duanya berbual sambil makan, membincangkan mengenai hubungan mereka.


"Awak dah banyak susah jaga saya," kata teman lelaki berkenaan dengan gaya manja sambil mengunyah kentang goreng.

"Susah apa macam tu you," balas si gadis.

Pemuda itu kemudian bertanya sama ada kekasihnya cemburu sekiranya terdapat pihak lain yang sedia menawarkan diri untuk menjaga dirinya.

"Kalau orang lain jaga saya, apa yang awak akan buat?" soalnya lagi.



Sambil merenung pada siling, gadis tersebut mempersoalkan pula keikhlasan pihak ketiga untuk menjaga teman lelakinya.

"Ikhlas ke dia nak jaga you? I tanya you balik," balas teman wanita.

Dengan riak wajah manja, lelaki tersebut cuba bergurau dengannya.

"Ikhlas ke awak nak jaga saya," ujarnya.

Kedua-dua mereka hanya ketawa mesra sambil menikmati kentang goreng sebelum video tersebut diakhiri dengan pertanyaan daripada pemuda berkenaan.

"Itu soalan ke cemburu?" soalnya sambil mengunyah kentang goreng.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa kurang senang melihat aksi manja pasangan itu, malah ada yang melihatnya sebagai sesuatu yang menggelikan.

"Gelinya tengok. Apa makan sambil cakap, macam kunyang mash potato.

"Perempuan tu tak rasa nak ludah ke tengok muka gedik lelaki tu. Ye la, cinta itu unik.

"Aku tahu perempuan tu tengah bersabar je, takut tersembur kentang goreng kat muka.

"Tak lalu nak makan kalau orang kunyah makanan sambil bercakap dan terkeluar-keluar begitu. Bukan nak face shaming.

"Tengok video ni aku terus jadi jijik nak makan kentang goreng," komen netizen.

Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ia rakaman perbualan secara natural atau sekadar content di media sosial. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 16-6-2023 03:22 PM
laki tu lumur fries 1 badan ke apa..
berminyak sgt dah ni

btw ini yg heboh channel bodo yg asik citer pasla perhubungan cinta 24 jam tu kan?
Quote hanihan16 16-6-2023 03:26 PM
ya Allah, tak boleh unseen ye? hahahaha makan belemoih sambil bunyik cup cap cup cap kembang pulak tekak akak dik oiiiii
Quote kerani_je 16-6-2023 03:59 PM
Laki tu kaya chuolls tu pasal perempuan tu x kisah..tu youtuber bbnu..bdk2 jaman now kenal la..kereta mewah die ada,  rmh die ada..pmpuan tu bdk segamat bdk kg..nk la kat die..
Quote noor2 16-6-2023 04:07 PM
Bila kaya...muka mcm cicak kobeng pun tetap org nk
Quote supernaturalee 16-6-2023 04:31 PM
noor2 replied at 16-6-2023 04:07 PM
Bila kaya...muka mcm cicak kobeng pun tetap org nk


Quote naina 16-6-2023 04:47 PM
kerani_je: Laki tu kaya chuolls tu pasal  ...


Seriusla..ingat bbnu ulu mana la buat content makan fun fries berlemuih minyak rambut ke muka ke gigi ke lidah..ingatkan video 3gp lama punya..rupanya content latest ek..
Budak perempuan tu sweet lah jugak. Mohon cari sekufu ya dik
Quote doubleharmonic 16-6-2023 05:20 PM
hengatkan shibai kat gambar tuhhhh
Quote ChildrenOfBodom 16-6-2023 05:27 PM
Jongoih nya muka, berlemoih..tgh geli kotey ka dik? Menggelinjang pelik sangat bila dok dekat pompuan lawa, mesti dia sedaq dalam diri kalau tak kaya hanjing pon tak pandang muka sial lagutu
Quote _blackbird 16-6-2023 05:57 PM
Sawit lagi kisah cinta sis @Bipolarjourney dgn manak stinger yg sampai tahun 2021 masih sis bipolar tak boleh move siap stalk manak beli spender apa hihihihi. Sampai gila meroyan member tu tak dpt melupakan manak stinget
Quote Suchi 16-6-2023 06:02 PM
naina replied at 16-6-2023 04:47 PM
Seriusla..ingat bbnu ulu mana la buat content makan fun fries berlemuih minyak rambut ke muka ke g ...

Iols ada nampak sedutan video tu versi elok, kira nampak smooth je laa video dia
Tp yg org viral ni mcm teruk nau kualiti sampai nampak kulit memasing tak ok plak.
Kalau tgk kt tiktok budak lelaki tu elok je video2 content dia mcm rakam dgn kamera gituhh.
Tak kenal pun dorang ni tp merata2 laa org duk share video dorang ni
Quote TomyamPuteh 16-6-2023 06:50 PM
Edited by TomyamPuteh at 16-6-2023 06:51 PM

Bebudak sunat laser. Cmtu la gayanya.
Quote otai_g 16-6-2023 07:02 PM
Sekarang lu bawak ini sampah datang atau bawa ini sampah pergi
Quote Kitty_catz 16-6-2023 07:12 PM
ewuuu anak sapa nehhh

mai la tolong kutipppppppppppppppppppppp
Quote ctaz 16-6-2023 08:16 PM
SAMMMM PAAAAAHHHHHH..................
Quote tikusmontok 16-6-2023 08:43 PM
noor2 replied at 16-6-2023 04:07 PM
Bila kaya...muka mcm cicak kobeng pun tetap org nk

Ada contoh terdekat kan...lebah oh lebah
Quote TerataiMelur02 16-6-2023 08:49 PM
kerani_je replied at 16-6-2023 03:59 PM
Laki tu kaya chuolls tu pasal perempuan tu x kisah..tu youtuber bbnu..bdk2 jaman now kenal la..keret ...

Laaaaa..ingatkan laki bini.
Sebab lepas video tu tular kat fb iols cari youtube dorang. Masak2 kat dapur ingatkan dah kawin.
Quote airfilterkotor 16-6-2023 08:57 PM
Konten sampah ke apa ni...
Quote antikorok 16-6-2023 09:00 PM
Whoareyousssss??????
Quote Orenn1 16-6-2023 09:07 PM
Adoii budak jantan tu mcm budak terencattt, mcm tak matang

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039921 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top