CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Busung Perut Customer! Bila Sampai Terus Batal Pesanan, Mengadu Nasi Basi & Sambal Terlebih Pedas

16-6-2023 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 630| Komen: 5

Ramai yang mengambil kesempatan dengan ungkapan Inggeris 'customer is always right'.

Seperti yang dialami Muhamad Hafriz Alias, dia bukan sahaja perlu melayan kerenah pelanggan tetapi terpaksa berjuang dengan pengendali aplikasi penghantaran bagi mendapatkan haknya.


Bercerita kepada mStar, pemilik Monsta Corndog dan Nasi Ayam Sambalado Sendoq Bonda itu mendakwa, dia berdepan seorang pelanggan yang kerap membatalkan pesanan selepas menerimanya.


mStar

“Apabila semua makanan diterima, dia akan complain dan kemudian khidmat servis Foodpanda akan batalkan pesanan.

“Selepas itu saya akan terima notifikasi memaklumkan bahawa saya tidak akan dapat bayaran untuk pesanan tersebut.

“Jika saya tetap mahukan bayaran berkenaan, saya perlu menghubungi khidmat servis Foodpanda untuk pertahankan produk yang dijual,” ujarnya yang berniaga di Taman Desa Dahlia, Senawang, Negeri Sembilan.


Dakwa Hafriz lagi, kebanyakan pesanan yang dibuat pelanggan berkenaan juga berjumlah lebih RM30.

Pelanggan berkenaan dikatakan bukan hanya memesan nasi ayam tetapi turut mendapatkan minuman mocha latte serta snek sampingan seperti cendawan enoki rangup.


TikTok

Disebabkan harga bagi setiap makanan adalah tinggi, Hafriz berkata dia nekad dan berkeras untuk menuntut bayaran daripada pihak Foodpanda.

“Saya mula perasan dia batal pesanan pada Januari 2023 sebab alasan dia tak logik. Katanya nasi basi, sambal terlebih pedas selain ayam masak tak sekata.

“Sedangkan pada hari yang sama saya menerima maklum balas lima bintang daripada pelanggan lain. Sudah lebih lima kali dia melakukan perkara sama.

“Jumlah sebenar kerugian saya tak pasti sebab jarang tengok nama customer pada resit especially waktu tengah banyak pesanan,” luahnya lagi.

Umpama ingin menikmati hidangan percuma, individu tersebut dikesan sekali lagi membuat pesanan pada minggu lepas.

Mana tidaknya, dia memberi maklum balas negatif tetapi masih lagi membuat pesanan di kedai yang sama.

Kali ini, pemuda berusia 35 tahun itu enggan duduk diam melayan ragam pelanggannya itu.

“Saya tak pernah hubungi dia bertanyakan tentang tindakan yang dilakukan itu. Tapi nombor telefonnya baru sahaja diperoleh minggu lepas semasa dia membuat pesanan baharu.

“Itupun selepas saya kenal pasti namanya untuk tindakan lanjut,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Tumbuhan dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu lagi.



Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberikan pelbagai reaksi tentang nasib yang menimpa perniagaan Hafriz.

Rata-rata memintanya berjumpa dengan individu terbabit.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intan244 18-6-2023 05:36 PM
cxl je kalau dpt order customer tu.
Quote tumpanglalu74 18-6-2023 05:52 PM
intan244 replied at 18-6-2023 05:36 PM
cxl je kalau dpt order customer tu.

Dia tak kensel sebab nak tengok akal customer tu.  Bila dah ade bukti camni baru dia bersuare..
Quote cranell 18-6-2023 05:52 PM
dia dapat loophole dlm sistem. Kira makan free je la
Quote tumpanglalu74 18-6-2023 05:53 PM
Busung perot ni apehal pulak.  Bongok punye tajok.
Quote B40tastePosh 19-6-2023 12:21 AM
Jijik nye....dah makan kata nasi basi pulak...bukan takat fitnah peniaga, fitnah nasi/makanan tu sendiri.

Lepas ko cela fitnah, ko melantak...harap mati cepat customer tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.029581 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top