Tindakan Ella memeluk Amir Masdi mengundang rasa kurang senang ramai. Menerusi perkongsian di TikTok, Amir Masdi dilihat hadir ke konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota 2.0 dan kemudian bergambar bersama penyanyi rock tersebut sebagai kenangan.
Amir meluahkan rasa teruja dapat bertemu pelantun lagu ‘Rama-Rama’ dan melabelnya sebagai ‘Ratu Rock’. Dalam video itu, Ella dilihat menyambut kehadiran Amir dengan satu pelukan dan disebabkan itu dia dikecam kerana tidak menjaga batas pergaulan. Di ruangan komen, rata-rata netizen menyentuh mengenai reaksi suaminya yang dilihat seakan terkejut dengan tindakan penyanyi rock tersebut.
Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihati dua penyanyi hebat ini untuk menjaga pergaulan dan menjaga imej seorang yang beragama Islam. -CARI
|
ADVERTISEMENT