CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Abang Baju Merah Tunjal Kepala Wanita Teresak Ketika Rayuan Di Mahkamah

16-6-2023 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 321| Komen: 3

Lelaki tular kerana menunjal kepala seorang pemandu wanita dan mengaku bersalah mencederakan dua pekerja restoran, Ahad lalu, menangis ketika membuat rayuan di Mahkamah Majistret Cameron Highlands hari ini.


Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, gagal menahan sebak ketika mengemukakan rayuan di hadapan Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas V. Dennis Pillai, 23, dan lelaki warga India, Samir Das, 28.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah restoran di Tanah Rata dalam daerah Cameron Highlands pada pukul 4.20 petang, 4 Jun 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Mohammad Zaim diperintahkan menjalani penjara sembilan hari oleh Mahkamah Majistret Cameron Highlands atas dua pertuduhan mengasari dua pekerja sebuah restoran di Tanah Rata, Cameron Highlands, 4 Jun lalu. Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S. Punitha manakala tertuduh yang juga penyelia di sebuah kilang di Serdang, Selangor itu tidak diwakili peguam.

Terdahulu, dalam nada sebak dan teresak, Mohammad Zaim memohon dikenakan hukuman denda yang paling minimum mengambil kira tanggungan seorang anak dan isteri yang sarat hamil.

Tertuduh juga mengakui menyesal dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

“Saya mohon hukuman denda kerana kes pertama (di Penjara Tapah), telah dikenakan penjara tujuh hari. Saya mempunyai anak yang masih kecil dan isteri yang hampir bersalin.

“Saya merayu untuk membayar denda. Saya berasa bersalah dan menyesali perbuatan yang dilakukan. Saya janji tidak akan ulangi perbuatan itu lagi,” katanya

Sementara itu, Punitha berkata, hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap tertuduh kerana tindakannya yang sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua mangsa tanpa sebab munasabah.

Katanya, tindakan tertuduh itu telah menyebabkan kedua-dua mangsa yang bekerja di restoran tersebut mengalami trauma.

“Saya percaya, jika tertuduh tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di restoran itu, tertuduh boleh membuat aduan tanpa mengambil tindakan sendiri yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Qasiratul Jannah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari dan denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh ditangkap pada semalam.

Tertuduh juga berdepan hukuman penjara sembilan hari lagi jika gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, Mohammad Zaim telah memaki hamun dan memarahi dua pekerja restoran dengan kata-kata kesat seperti babi sebelum menampar mereka masing-masing sebanyak dua dan empat kali di pipi.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian kerana pesanan makanan yang diminta lambat sampai. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 16-6-2023 07:39 PM
gangster taik kucing!!! buat malu jer nanges kt mahkamah, badan besor otak kecik hati kecik penis pun kecik ni
Quote KamikuP 16-6-2023 03:09 PM
Tu dia menangis baq hang.. ekekeke
Mujur hukuman penjara berasingan 7 + 9 hahahahhaa
Quote makneng 16-6-2023 03:06 PM
Pa dan mu ka

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.180993 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top