CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Bukan Cleaner Lah' - Noralbaniah Jarang Kongsi Karya Lakonan Di Media Sosial

16-6-2023 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2385| Komen: 23

Masih ramai keliru dengan profesion terkininya dan masih menyalah anggap Noralbaniah bekerja sebagai tukang cuci (cleaner), pelakon yang popular era 90-an itu menjelaskan dia masih berlakon.

Noralbaniah ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret baru-baru ini, bagaimanapun berkata, dia cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial.


IG

“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.

“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya adalah orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.

“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya kepada Gempak.



IG/Info Rakyat

Noralbaniah akui disebabkan jarang memuat naik perkembangannya di media sosial, ramai juga yang menyalah anggap dia tidak berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.

“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.

“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.

“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas. Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.

“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya.



Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-6-2023 03:12 PM
Jadi kamu masih cleaner atau tidak? Yes or no itu pun susyah ke nak jawab.. tapi meolss masih terkenangkan adegan kamu berbikini dlm filem Adik.. ekekekeke
Quote dudaberhias 16-6-2023 03:27 PM
alamak bukan ke haritu dia kata tak malu kerja cleaner?

so semua orang dah tersalah faham ke macam mana?

kalau dia cleaner pun iolsss lagi hormat yach... asalkan rezeki halal kot... apa salahnya kalau kerja cleaner...

Quote jas7512 16-6-2023 03:46 PM
Apa salahnya keje cleaner..lg mulia dr keje cuci2 duit apa
Quote supernaturalee 16-6-2023 04:13 PM
hr tu psl kes anak
kes dh setel pun bln 3 or something

ni psl cleaner plk
btw bkn dh lama ke gmbr tu bertebaran

sian...nk promote filem baru pny psl hbs up balik benda2 yg tak berkait dgn movie tu
Quote orkidorkido 16-6-2023 06:06 PM
Cakap terus terang la kak
Quote silampumeja 16-6-2023 06:14 PM
Dia bukan cleaner tp dia bukan org hidup senanglah. Sbb tu dia keep low je semua .
Quote Buritan 16-6-2023 06:20 PM
silampumeja replied at 16-6-2023 06:14 PM
Dia bukan cleaner tp dia bukan org hidup senanglah. Sbb tu dia keep low je semua .

Aku Ade baca dia dpt rumah pprt kan.. ke aku salah bacee
Quote silampumeja 16-6-2023 06:25 PM
Buritan replied at 16-6-2023 10:20 AM
Aku Ade baca dia dpt rumah pprt kan.. ke aku salah bacee

Tak pasti apa dia dapat. Tp memang dia antara org susahla. Cuma dia tak kecoh2 . Ada, terima. Kerja tetap kerja.
Quote Buritan 16-6-2023 06:28 PM
silampumeja replied at 16-6-2023 06:25 PM
Tak pasti apa dia dapat. Tp memang dia antara org susahla. Cuma dia tak kecoh2 . Ada, terima. Kerj ...

Yep.. dia mmg tak byk munyiilaa.. cuma munyi anak dia kena tgkp.. itu ajelaa.. tp budak tuu pandai.. sian mak kau dik
Quote silampumeja 16-6-2023 07:04 PM
Buritan replied at 16-6-2023 10:28 AM
Yep.. dia mmg tak byk munyiilaa.. cuma munyi anak dia kena tgkp.. itu ajelaa.. tp budak tuu pandai ...

Ana di kena tgkap kenpaa
Quote Buritan 16-6-2023 07:32 PM
silampumeja replied at 16-6-2023 07:04 PM
Ana di kena tgkap kenpaa

Kes dadah.. mkn dadah ke edar ke aku tak pasti tp dadahlaa
Quote tumpanglalu74 16-6-2023 08:46 PM
Kecik2nye dulu dok flat Ashby kat Ipoh.  Memang lawa dari kecik.  Tapi menjak lakinye mati idop terumbang-ambing.
Quote lolen 16-6-2023 08:55 PM
Buritan replied at 16-6-2023 07:32 PM
Kes dadah.. mkn dadah ke edar ke aku tak pasti tp dadahlaa

Anak perempuan dia yg comey masa kecik tu ke?.kesiannyaaa.. dah la hidup mcm lost anak pulak bermasalah
Teringin nak tau knp dia x kawen2 lps laki dia mati..lawa kurus pakej lengkap lg xkan la xde org nak..kalo gemum kusam tu paham gak la napa menjanda smpai ketua
Quote Buritan 16-6-2023 09:17 PM
lolen replied at 16-6-2023 08:55 PM
Anak perempuan dia yg comey masa kecik tu ke?.kesiannyaaa.. dah la hidup mcm lost anak pulak berma ...

Tu laa sian nooo...
Quote AnnaSendin 16-6-2023 09:42 PM
Ex cleaner. Gittuew.
Quote CikYaYaYa 17-6-2023 11:56 AM
Dia nie umur berapa erk? Nampak mudaa n comel laa bagi iols
Quote Afifi82 17-6-2023 12:04 PM
If keje cleaner pun xapa, janji halal n xscam org or agent.
Quote Moyangkucing 17-6-2023 01:26 PM
Masih lawa dia. Kalau dia kerja cleaner pun org lebih hormat daripada jual diri atau menyondol orka laki orang..
Quote doubleharmonic 17-6-2023 03:19 PM
clenner tu keja natang benda hah babi

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.171049 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top