CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Kedua Bengang Madu Block Kad Kredit Suami, Ambil Balik Honda Dan Bagi Viva Je

16-6-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1534| Komen: 22

Seorang wanita yang juga isteri kedua berang apabila madunya (isteri pertama) secara perlahan-lahan mula merampas harta benda yang pernah dimiliki suaminya.

"Aku hampir lapan bulan kahwin dengan suami orang, kami kahwin atas persetujuan bini pertama suami aku, kahwin pada bulan Mac tahun ni.


"Masa aku dan suami pergi honeymoon dekat Langkawi, aku dah booking bilik hotel RM4,500 untuk tiga malam. Tiba-tiba madu aku block kad kredit suami aku.

"Malu masa nak check-in. Terpaksa cancel bilik tu, tukar bilik yang harga RM600 untuk 3 malam. Tapi suami tak nak call bini dia untuk tanya," kongsinya. di media sosial.


Gambar Hiasan

Tambah wanita berkenaan, sudahlah bulan madunya diganggu dengan insiden memalukan, namun episod gangguan daripada isteri pertama suaminya tidak habis setakat itu.

"Balik je rumah, kosong... hanya tinggal TV, peti sejuk dan satu tilam tanpa katil. Kami tinggal dekat rumah taman, sebelum ni madu aku buat homestay rumah tu, barang-barang lengkap semua.


"Suami beritahu kami kena bayar sewa rumah tu RM250 dekat bini dia. Suami mula bayar juga walaupun aku halang.

"Kereta suami dulu guna Honda HRV, bini dia pergi tukar bagi Viva ja. Madu aku ada dah dua buah kereta besar, Honda ni pun dia nak juga. Malu nak balik rumah mak aku.

"Satu persatu madu aku buat nak bagi kami berpisah. Ya dia tak pernah kasar tapi cara ni dia bagi aku rasa hidup aku dengan suami sengsara," luahnya.

Selepas semua tindakan yang dilakukan oleh madunya, wanita tersebut berkata dia akhirnya mendapat tahu perkara sebenar sekali gus membuatkannya 'terduduk'.

"Suami aku janji nak bagi aku kesenangan, rupanya dia pun tak kaya. Yang kaya madu aku, suami aku kerja dengan bini dia.

"Baru aku tahu bukannya suami aku bos. Nak berpisah malu dengan adik beradik aku... dengan mengandung lagi ni," kongsinya.

Luahan wanita tersebut dikongsikan di laman Twitter @abudialsagoff dan sehingga kini meraih 1,559 ulang kicau.

Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya melahirkan rasa simpati kepada wanita tersebut namun menyifatkan apa yang berlaku adalah 'balasan' kerana sikapnya yang materialistik.

"Kesian, dah tahu laki orang kau nak juga lepas tu kau pula nak banyak complain. Berpijaklah atas bumi nyata, laki dah la tak kaya, hidup pun menumpang senang bini... lepas tu ada hati nak kawin lain.

"Kahwin sebab harta begitu la. Bila susah terus tak tahan. Terus nak berpisah. Balik kampung guna Viva pun malu... apa entah perangai.

"Miskin tak berharta, menumpang harta bini lagi pun ada hati nak tambah cawangan. Yang perempuan ni pun satu hal juga, konon nak jadi madam besar... last-last kena kitai dalam diam dengan madu," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 16-6-2023 11:39 AM
nie kan cite lama?
Quote wikedsaikel 16-6-2023 11:45 AM
Kah kah kah baru tahu ke jantan tu tumpang harta bini. Padan muka.
Quote jfq 16-6-2023 11:52 AM
Reporter cari
What do u expect
Smua cerita recycle
Mereka bukan legit reporter yg going to the fields cari berita
Quote msxx 16-6-2023 11:52 AM
Kalau dh bini blh blok kredit kad lakinya maknanya kad lakinya itu hanyalah supplimentary kad saje. Bil bini bayar, x cerdik lah pompuan tu pon. Sejenis bimbo juge, tu pon kalau lawa lah.. kalau huduh kita panggil rempit hahahha
Quote misc 16-6-2023 12:13 PM
Padan muka
Quote myakayina 16-6-2023 12:16 PM
tumpang harta bini tapi ada hati nak tambah cawangan..
Quote imanjannah 16-6-2023 12:28 PM
mcm dah pernah baca..
Quote jelitayu 16-6-2023 02:06 PM
PADAN MUKA!
Quote makita 16-6-2023 02:10 PM
Dah laki  mesekin, madu pulak disalahkan.
Quote sukacactus 16-6-2023 02:17 PM
Simpan je la bangang eh bengang ko tu!
Quote green~tea 16-6-2023 02:21 PM
Dah le isu KRT je.. basi plak tu.. aku dah 8 kali baca curhat ni kat mana2 tempat (FB, twitter) and now this
Quote lurve82 16-6-2023 02:25 PM
Astro ke? Tp nak komen lg. Rasain lor. Skrg ni ramai bini je yg kaya. Laki sengkek
Quote MsIda 16-6-2023 02:29 PM
Ingat menang loteri dapat suami kaya...rupanya...Padanlah muka
Quote Kitty_catz 16-6-2023 02:33 PM
naseb la ko cari somi level honda HRV sis

len kali cari yg ada mclaren bagai
Quote syamzana 16-6-2023 02:36 PM
nak suh katup benang dah reporter cari yg bukak.
so komennya....semua bangang
reporter cari bangang dok recycle cerita
bini ke2 bangang tak check dulu laki org sekin dinikahnya
laki org bangang dah tau kedana ada hati nak tmbh branch
Quote kucingitam 16-6-2023 02:53 PM
cerita hasanah ke ni...
Quote beatgirlX 16-6-2023 03:12 PM
Citer lama kan ni
Quote KamikuP 16-6-2023 03:13 PM
Cerita recyle what duyuekspek?
Quote tobobon 16-6-2023 03:14 PM
yg untung influenzaaaa twittaaaa..dapat capai engagement berbiliun biliun

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056770 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top