CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Banyak Duit Hidup Senang Buat Shuk Sahar Hanyut "Saya Pentingkan Perkara Lagha, Tinggalkan Yang Wajib"

16-6-2023 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 859| Komen: 7

Shuk Sahar mendedahkan kehidupan selesa dan kewangan stabil yang dimilikinya sebelum ini membuatkan dia alpa sehingga mengabaikan perkara wajib dan dituntut di dalam Islam.

Langsung tak berselindung, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, berkata, kesenangan yang dikecapi ketika itu juga menyebabkan dia hampir hanyut selain mengutamakan perkara lagha sehingga menyebabkan dia terjerumus dalam pelbagai kontroversi.


Foto: IG

"Dulu saya berada pada tahap kalau dari segi kewangan saya selesa dan boleh dikatakan sampai saya mengabaikan benda-benda wajib perlu saya buat.

"Berdasarkan pengalaman lalu, saya juga lebih mementingkan perkara 'lagho'... Kadang-kadang kita tersilap rezeki tetap ada walaupun tinggalkan benda wajib, ia sebenarnya ujian buat diri," katanya kepada mStar.


Sedar atas kesilapan dilakukan sebelum ini, Shuk memberitahu kini sekiranya ada rezeki lebih dia mahu berkongsi kepada golongan memerlukan memandangkan sebelum ini sering alpa dengan kesenangan.




Shuk berkata, melihat pengikut di media sosial turut melakukan perkara serupa membuatkan hatinya tersentuh kerana sedikit sebanyak perkongsiannya dapat mengajak orang lain buat perkara sama. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 16-6-2023 11:45 AM
yer yer je tu... mesti sebab job kurang la tu kan ko keluar statement gini...

jantan tak herlok gemuk gundu ni jangan sesekali korang percaya yach... kalau deorang nampak deorang eksiden tepi jalan pun korang di sarankan untuk catwalk ala2 fara mendosa libas kopek kiri kanan sambil berpura2 tak nampak apa yang berlaku... kalau jasad dia terpelanting di hadapan korang sekalipun korang langkah jah sambil pergi COD innai nunha dan paksa acik2 beli sebelum kambuih belakang rumah...

Quote nolya 16-6-2023 01:17 PM
air hujan hendak ditadah
buat siraman pokok bunga
sudah terhantuk baru tengadah
sesal kemudian tiada guna
Quote suterabiru123 16-6-2023 01:20 PM
Dah putus belom dengan farah tu.. xyah la menunggang lagi shuk..tp ttp mengulit benda haram kehulu ke hilir
Quote jiwakacau06 16-6-2023 01:20 PM
ckp bergegar...tp masih dgn pmpuan yg samA...xkawin2
Quote teen_angelJB 16-6-2023 01:22 PM
Hmmm...
Semua bnda bole tulis..
Saya insaf..
Saya sedang mendalami agama
Saya sudah taubat

Hakikatnye... Nan hadoooooooo

Quote AnnaSendin 16-6-2023 02:02 PM
suterabiru123 replied at 16-6-2023 01:20 PM
Dah putus belom dengan farah tu.. xyah la menunggang lagi shuk..tp ttp mengulit benda haram kehulu k ...

Entahnya. Masih ada ummah yang terserempak dengan heols dan mistress heols ittuew.
Quote bunga_05 16-6-2023 03:47 PM
iye. baru je terserempak heols dgn perempuan itu dkt kedai makan di penang.. sorang gundu sorang mcm mayat hidup. hehehe

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040565 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top