CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Baru Tamat PHD Ditemukan Mati Dalam Rumah Di Serdang, "Dia Nampak Murung, Sedih Kena Balik Kampung"

16-6-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1857| Komen: 14

Serdang: Seorang wanita yang baru tamat pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang pentadbiran perniagaan ditemukan mati di kediamannya di Serdang Perdana, Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki berhubung kejadian itu, jam 3.06 petang.



Gambar Hiasan

"Hasil siasatan mendapati wanita warga Bangladesh berusia 34 tahun itu cuba dihubungi suaminya namun gagal.

"Soal siasat awal dilakukan mendapati mangsa bersama rakan-rakannya menghadiri majlis makan malam sebelum kejadian.

"Semasa majlis itu, wanita itu dilihat murung dan tidak seperti kebiasaannya," katanya semalam.

Anbalagan berkata, rakan wanita itu memaklumkan mangsa tidak gembira untuk pulang ke kampung halaman di Bangladesh.

"Ibu wanita itu sudah meninggal dunia dan hanya tinggal bapa dan suaminya yang berada di kampung halaman.


"Wanita itu dikatakan tidak gembira untuk pulang ke kampung berikutan masalah peribadi," katanya.

"Polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kematian. Setakat ini polis masih menunggu hasil laporan bedah siasat dari Hospital Serdang.

"Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-6-2023 11:23 AM
Tak nak blk kg ko buatla Salah tesis PhD tuu bior berjanggut tak habis belajo
Quote Belibis 16-6-2023 11:35 AM
Balik kg sendiri pun stress?? Jumpa laki sendiri pun stress?? Memang elok la mati.
Quote pokokmeranti 16-6-2023 11:38 AM
motif buat phd utk lari dari masalah keluarga?
Quote Sazreena 16-6-2023 11:51 AM
Buat salah pun berapa round je boleh..ada time frame bila kena siapkan utk submit. The best cari je keje kat sini..xyah balik kampung.
Quote white_musk 16-6-2023 12:45 PM
Nak lagi best mari ikut akak main gitar... Hiborkan hati yang duka nestapa
Quote cmf_premierleag 16-6-2023 12:55 PM
Mesti la x nak balik bangla sana
Best lg duk msia kan
Last2 mati terus
Quote sayurmayur88 16-6-2023 02:54 PM
org bangla majority muslim, speku dia bunuh diri. nauzubillah
Quote ulamalu 16-6-2023 03:09 PM
Dah dpt PhD pun.  IQ dan EQ x seiring.
Quote fair_iza 16-6-2023 03:09 PM
Mintalh postdoc
Quote supernaturalee 16-6-2023 04:53 PM
xde pulak masuk komen dgn ayat2 manees
@Skuau



Quote Skuau 16-6-2023 04:57 PM
supernaturalee replied at 16-6-2023 04:53 PM
xde pulak masuk komen dgn ayat2 manees
@Skuau

dah mati...bior jer...hati2 jer ngn yg masih idup tu...
Quote supernaturalee 16-6-2023 04:59 PM
Skuau replied at 16-6-2023 04:57 PM
dah mati...bior jer...hati2 jer ngn yg masih idup tu...


Quote pearl.silver 16-6-2023 05:10 PM
I pernah kenal sorg aci ni buat master. Umo aci tu nk masuk 50 dah. Dia asal india sana.. Sgt suka belajar. Tp apaknya kawenkn dia dgn india dr malaysia. Dia pun kawen. Jd suri rumah kt mlysia ni. Dpt ic merah dah. Ank 3 org dah besar2, then dia pun decide sambung master kt malaysia. Pastu rasanya dia sambung phd terus. Terasa sgt kagum dgn dia.
Quote makita 16-6-2023 05:12 PM
ulamalu replied at 16-6-2023 03:09 PM
Dah dpt PhD pun.  IQ dan EQ x seiring.

Ada phd tpi xde keje tetap pon payah chuols Msia ni...yg ramai meols jumpa freelance buat thesis phd utk student2 yg busy...siapkan je la 20k settle semua termasuk kutip data.

Bab EQ tu pon leh pertikaikan...ada phd tp kat fb acah2 tunjuk diri down to earth buat lawak (konon) naik basikal anak umo 3 tahun laaah..amek gmbar basikal anak kat signboard hiway...aneh2 jugak dorg ni (yg freelance la).

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.112020 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top