CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

HR Dedah Majikan Tak Minat Ambil Wanita Berkahwin Bekerja, Nampak 'Married' Dalam Resume Terus KIV

16-6-2023 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2995| Komen: 75

Segelintir majikan atau syarikat didakwa  agak 'keberatan' untuk mengambil golongan wanita sebagai pekerja kerana faktor-faktor tertentu.

"Anda tahu mengapa syarikat korporat keberatan untuk mengambil wanita Melayu bekerja bukan? Kerana mereka tahu wanita-wanita ini mempunyai 'bayi lelaki' sebagai suaminya yang selalu mensabotaj dan memintanya meninggalkan segala-galanya, setelah wanita itu memberi lebih perhatian kepada pekerjaan dan si suami tidak tahan jika tidak dijaga 24/7 (24 jam sehari) seperti bayi?" demikian ciapan individu tersebut yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris.


Ada segelintir netizen yang bersetuju dengan kenyataan berkenaan, berdasarkan pengalaman masing-masing.

Gambar Hiasan

"Masa saya interview kerja pun, hiring manager tanya 'suami awak OK tak kalau kena overtime', kerja lewat malam? OK ke kalau kena pakai coverall?'. Mostly soalan suami OK ke tak je dengan kerja aku.


"Mungkin ada pengalaman perempuan kahwin ni susah sikit nak buat kerja disebabkan faktor suami.

"Memang terdengar daripada bos sendiri cakap. Kata malas nak hire new women employees yang dah married sebab susah for everyone. Especially yang baru kahwin sebab risau akan pregnant," demikian antara komen netizen.

Sementara itu, seorang lagi individu yang turut menyertai perbincangan di laman Twitter berkenaan mendedahkan realiti yang berlaku di tempat kerjanya.

Dia yang juga pernah menjadi antara individu yang bertanggungjawab meneliti resume pekerja baharu mengakui kebenaran situasi tersebut.

"Company saya kerja dulu, saya tapis setiap orang yang minta kerja. Bagi calon wanita, saya nampak 'married' saja, kamu punya resume terus masuk senarai KIV. Saya tak baca pun yang bawah-bawah kamu tulis.

"Sebab saya tahu bos saya akan reject permohonan kamu. Bukan Melayu saja tau. Tak kisah bangsa apa, jika saya lihat 'married', secara automatik kamu dalam senarai KIV.

"Kalau tak ada orang sangat dah, barulah kami lihat semula permohonan kamu," kongsinya dalam satu bebenang di Twitter.

Tambah individu tersebut, syarikatnya mempunyai alasan mengapa mereka begitu keberatan mengambil calon wanita berkahwin sebagai pekerja.

"Beberapa kali ambil wanita yang ada anak bekerja. Setiap minggu ada je cuti. Bawa anak pergi klinik, anak sakit, ambil anak di sekolah dan lain-lain. Semuanya dilakukan ketika tempoh percubaannya selama tiga bulan.

"Macam mana nak fokus kerja dan belajar benda baharu kalau asyik cuti? Bila tak cuti, barulah boleh ajar perkara baharu. Kalau kamu cepat 'tangkap', tak apa.

"Tapi lambat 'tangkap' dan buat silap dalam kerja. Bukan sikit-sikit silap tapi banyak. Memang nak kena kerja di bawah pengawasan. Tak boleh biar independent.

"Kami di bahagian sumber manusia kesian dekat married women yang nak kerja tapi kita juga tak sanggup nak hadap benda sama berulang kali," kongsinya.

Sebahagian daripada mereka menyifatkan syarikat individu berkenaan terlalu mendiskriminasi wanita yang sudah berkahwin.

"Kita dalam pantang pun kerja. Sampai hati discriminate married women.

"Sangat diskriminasi. Kau kalau sekarang masih lagi kerja HR, bawa-bawalah bertaubat, buka minda, cari talents tanpa prejudis. Sekarang syarikat korporat pun banyak dah practice equal opportunity, kau nak amal lagi diskriminasi?" demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-6-2023 10:57 AM
Kalo laki tu bewak hidup dia x kesah siap disupport hantar isteri dia pergi balik. Byk aku nmpk pemandangan ini setiap kali nk g keje dan blk keje. Lakinya dok umah jaga anak main game
Quote Samerosie 16-6-2023 11:08 AM
Padan la muka.  Setengah manusia kat Malaysia ni suka naw tulis segala dlm kain kat resume.  I pernah review resume ni tulis "happily married with 4 kids, 2 boys and 2 girls"..hey kau nak cari kerja ke nak buat personal ad?

I never put my marital status, gender nor age/dob dalam resume.  Kalau dah kat resume tengok tahun grad and start kerja bila, recruiter dah boleh agak dah umur berapa.

Kerja dgn international companies since 30 years ago, memang cakna with data protection and discrimination policies semua ni.
Quote nikaido 16-6-2023 11:23 AM
Edited by nikaido at 16-6-2023 11:25 AM

satu lagi kalau married asyik nak beranak ja tiap2 tahun. yg single jadi stress sb asyik kena cover kerja sampai hjg minggu pun xleh cuti
Quote kucingitam 16-6-2023 11:37 AM
pastu kang kejap2 EL, kejap2 EL..
Quote pokokmeranti 16-6-2023 11:44 AM
tak semua bidang tugas boleh di cover oleh staf lain klu cuti bersalin, atau cuti panjang2 nie. kat opis I, ada sorang pompuan bujang cuti nak operate al kisahnya segala urusan berkaitan dokumen pembelian terperap xde siapa nk ambil alih. masing2 x buat sbb x faham prosedur. bagi I klu dapat jenis laki/pompuan kerap cuti mmg letih company
Quote jas7512 16-6-2023 11:58 AM
pokokmeranti replied at 16-6-2023 11:44 AM
tak semua bidang tugas boleh di cover oleh staf lain klu cuti bersalin, atau cuti panjang2 nie. kat  ...

Knp biarkan dia drg buat..patut ada satu lg staf yg tahu buat so that klu berlaku mcm ni ada org blh take over dan blh ajar org lain juga
Quote cattiecute 16-6-2023 11:59 AM
sapa tahu sebab apa masa iv orang tanya soalan
"rumah kat mana?"
"rumah beli ke sewa?"
alkisahnya iols iv untuk jawatan hr
pastu manager hr tu tanya soalan tu
maybe dia takut kalau sewa nanti kena pindah keluar sewa jauh then resign kot
Quote B40tastePosh 16-6-2023 11:59 AM
Dah kawen kau kerja dgn laki kau je
Quote prizadane 16-6-2023 12:06 PM
Tak salah pun ambil married women bekerja. Pengalaman iols, iols lagi suka ambil married women sebab they have their responsibility dan akan serious bekerja, berbanding bujang. Jangan la generalize budaya married women getting pregnant ni membebankan. Iols bersyukur sangat company iols kerja sekarang ni memang women empowerment sangat bagus. Maternity leaves is 4 months, paternity 1 month. Tapi otak local company (tak kisah la cina or melayu), memang anggap wanita yang dah berkahwin ni 1 beban…
Quote scorpionkiki 16-6-2023 12:11 PM
Lain kali dlm resume tulis infertile...rasa company akan lega ambik individu ni
Quote aechae 16-6-2023 12:15 PM
Samerosie replied at 16-6-2023 11:08 AM
Padan la muka.  Setengah manusia kat Malaysia ni suka naw tulis segala dlm kain kat resume.  I perna ...

Maceh sis, i take note tips x yah letak umur status segala tu.. lama x update resume.
Ada setahun lg nk tgk keadaan mcm mna dlu gtuuu
Quote batmana 16-6-2023 12:17 PM
Ni kompeni apa meroyan cmni?
Tk pernah plak dgr multi billion company cm Google, Microsoft,Tesla diskriminasi pmpn dh kawin...kalu gay dh kawin ada anak pun dorg amik... Kalau tk reti nk kembangkan kompeni dgn alasan bahlul cmni..manalah nk maju kompeni.. buat cmni..sapa nk beranak nk ganti jadi pelapis kt kompeni ko tu ?anak kucing ko ke?
Mindset HR kompeni PPRT je ada pemikiran cmni..satu lagi balik2 ulang graduan xde skill la..tkde pandai fasih English la...yg ko sendiri bahlul tk jemput student Oxford interview tmpt ko tu pehal setan?ni ko KO amik graduan lokal pstu meroyan xfasih bagai..ada HR Google meroyan student tk pandai ckp English masa interview?

Harap HR jenis cmni letak jawatan la..
Patutlah income kompeni masih belum capai trillion punya income smpai skrg..smua masih PPRT punya level
Quote aechae 16-6-2023 12:20 PM
Iols dh lh bercita2 nk stop keja jap ni..
Takut dh stop malas nk keja balik or nk keja balik xda org nk ambil
Klu nk keja balik ada ke comp nk hire org umur 40 pastu bru kawin plak…pastu nk gaji 5-6k
Quote iolss 16-6-2023 12:33 PM
pastu offer gaji murah... keja mcm utk 2 3 org nye keja... apoooo
Quote nazurah 16-6-2023 01:20 PM
Married man pun problem jugak. Kena bini tak kerja, sikit2 nak balik rumah kejap, sikit2 anak sakit, nanti kang bini plak sakit..

Jenis takut bini…pun ghameiiii.
Quote adizero11 16-6-2023 03:16 PM
Dlm sektor awam (kerajaan) pn sama jerr..awal2 masa iv semua sanggup..last2 masa lapor diri mnangis bagai mohon Ketua Jabatan luluskan posting balik ke negeri asal sbb rindu suami dgn anak2…lpstu position tinggal kosong..rakan2 kena tanggung kerja dia..tu blom kes slalu EL dan mohon balik awal atas alasan anak x sihat laaa apa (masalhnya tiap bulan alasan sama)..kawan2 satu opis laa yg kena cover kerja dia (mostly lelaki bujang yg jd mangsa)..then masa cuti raya pn makcik2 ni kepoh laa mintak cuti alasan “korang bujang lg boleh laa masuk kerja dulu, bg kami yg ad fmly ni cuti lama sikit..” hannnett btol..nak ada fmly boleh, tp tolonglah fikir org lain sama..jgn penting diri sendiri..
Quote ina_na 16-6-2023 03:35 PM
Company lama aku dia suka ambik staff lama yg nk msk keje balik..contoh ms aku br msk keje dl ade kakak ni pun msk keje balik .dia berehat hampir 15thn uruskan anak2.. director kata bgs sbb dah x de kelam kabut kejar anak2...kakak Tu pulak ckp dia bosan duk rumah..suami keje.. anak2 semua sekolah asrama..
Quote kakikuDibibirmu 16-6-2023 03:44 PM
B40tastePosh replied at 16-6-2023 11:59 AM
Dah kawen kau kerja dgn laki kau je

Laki: KENA BALIK
Bini: BALIK KENA

Quote Simunggu 16-6-2023 04:06 PM
kalau sudah jadi negara kapitalis mesti tak suka wanita kahwin yg berkerja

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.036293 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top