CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malas Sapu Sampah Dan Basuh Baju- Ibu Siram Anak Usia 9 Tahun Dengan Air Panas, Habis Melecur Muka Dan Badan

16-6-2023 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 477| Komen: 1

Seorang budak perempuan berusia 9 tahun disiram air panas oleh ibunya sendiri gara-gara malas menyapu sampah dan membasuh pakaian.

Kejadian itu berlaku di Sungai Limau di Padang Pariaman, Sumatera Barat di Indonesia.


Akibat kekejaman si ibu berusia 37 tahun, wajah dan badan mangsa melecur.


Foto: Kompas

Memetik laporan Kompas, mangsa juga rupanya pernah didera di bahagian kepala oleh ibunya menggunakan alat urut.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan keadaan badan mangsa yang dipenuhi luka.

Dalam video tersebut, mangsa dilihat memakai baju warna merah jambu dan seseorang sedang memeriksa luka di muka, tangan, belakang dan pinggulnya.

Menurut polis, penderaan itu sudah lama dilakukan ketika bapa mangsa pergi bekerja.

"Sudah lama didera. Apabila bapa mangsa tiada di rumah, dia akan pergi bekerja," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pariaman, AKP M Arvi ketika dihubungi pada Selasa.


Ibu mangsa kini ditahan polis dan dalam siasatan di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara lima tahun sekiranya disabit bersalah. - CARI

Sumber: mStarTribun Jatim

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 16-6-2023 11:14 AM
babi punya mak
anak baru 9 tahun ko buat gitu..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.028786 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top