Faizal Tahir mengumumkan tiket konsert sulungnya Aku Faizal Tahir yang bakal diadakan pada 2 September ini sangat laris terjual. Katanya tiket bagi kategori RM688 dan RM488 sudah pun habis dijual sejak talian pembelian dibuka.
Sebelum ini, konsert yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu menerima pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya kerana dikatakan terlalu mahal. “Dah tak banyak dah tinggal tu. Saya pun baru nak beli. Tunggu apa lagi?,” tulisnya.
Ditanyakan berkenaan kemampuannya untuk membuat malam kedua sekiranya mendapat sambutan yang baik, Faizal menyatakan dia tidak mahu membuat sedemikian memandangkan banyak perkara perlu diambil kira. “Setakat ini tidak sebab saya kena recover. Saya bukan macam setengah orang boleh buat dua hari. Macam baru ni Ella buat dua malam tu pun kira dahsyat sebab tu dia ratu. Saya lebih kepada belakang tabir.
“Sebenarnya itu salah satu faktor yang membuatkan saya begitu lambat untuk membuat keputusan nak buat konsert. Dari segi stamina, saya dah tak macam dulu. “Pada usia sekarang saya harus ingat juga yang saya dah ada anak-anak dan saya taknak buat persembahan yang anak saya tak boleh nak enjoy.
“Tapi dari segi stamina itu yang saya utamakan untuk konsert ini sebab secara jujurnya, saya rasa saya tak mampu buat benda ni lagi. Kalau boleh saya katakan saya boleh kategorikan diri saya ni lebih kepada penyanyi studio,” katanya. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|