Mizz Nina mengejutkan dunia hiburan apabila memaklumkan sudah berkahwin dengan Essam Muhammad. Menurut mStar, Essam adalah seorang warganegara Amerika Syarikat yang menetap di daerah Seattle berketurunan Maghribi.
Essam juga adalah seorang penyanyi rap dan penulis lirik yang melancarkan kariernya pada 2016 dengan video berjudul West Is My Home. Sejak itu, Essam banyak menerima undangan mengadakan persembahan di seluruh dunia berkongsi perjalanan hidup dan sisi kreatifnya di negara seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia. Essam turut aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kerja mereka.
Penyanyi itu juga dilihat banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu selain sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasinya dengan komuniti Islam di serata dunia. Banyak mengetengahkan isu-isu kemasyarakatan dan semasa dalam lagu-lagu ciptaannya, Essam pernah melancarkan dua buah album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang turut mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada 2020.
Kecintaan Essam terhadap muzik rap dan hip hop bermula sejak dia berusia 9 tahun apabila banyak didedahkan dengan genre tersebut. Dilahirkan sebagai seorang Muslim, Islam tidak hanya menjadi sebahagian dalam seni yang dibawa tetapi ia menggerakannya untuk mencipta dan menjadi siapa dirinya hari ini.
"Kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya," katanya menerusi temu bual bersama South Seattle Emerald. Sementara itu, Essam bukan sahaja seorang penyanyi rap malah jejak ini turut berjinak-jinak sebagai seorang pelakon menerusi filem berjudul Purple Don't Cry. Diarahkan oleh Mamoun Hassan dan ditulis oleh Boonnaa Mohammed, filem itu turut ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Seattle pada 1 Jun lalu.
Sementara itu, Nina atau Shazrina Azman, 43, menerusi pengumuman yang dibuat di Instagram memberitahu teruja dikurniakan seorang suami yang berkongsi matlamat dalam usaha dakwah dilakukan. “Allah adalah sebaik-baik perancang dan telah menulis eposid baru dalam hidup kami dengan cukup indah. “Kami bersama-sama menjalankan dakwah, kami berkongsi matlamat sama dan teruja dengan perjalan hidup baru ini,” ujarnya.
Nina juga memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resespi di Kuala Lumpur dalam masa terdekat secara tertutup. Untuk rekod Nina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Noh Salleh pada 2 Julai 2011 namun mengumukan perceraian pada 4 Ogos tahun lalu. Mereka memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Musa. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|